Langkau ke kandungan utama

Catatan

Refleksi Diri

" Betapa bahagianya anak anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Bagi mereka yang ada perasaan negatif terhadap mereka buang semua emosi ini. Ini dapat dilakukan dgn memahami bahawa cara seseorang dibesarkan mempengaruhi mereka terutama 6 tahun pertama kehidupan. Bayangkan ibu bapa semasa mereka kecil dan input negatif yang diterima dan merasa kasihan pada mereka. Baginibu bapa yang ada anak anak bawah 6 tahun lihat lihat apa input diberindan sistem nilai yang diterap di rumah. Jika anak anak kita tidak seperti yg kita mahukan lihat diri kita. Jika kita negatif pada ibu bapa kita sekarang bayangkan macam mana anak kita nanti dengan kita. Sama refleksi diri dan lakukan transformasi diri dengan mencari ilmu ugama, akidah, ibadah dan akhlak" Petikan dari fb Prof. Dr. Muhaya ini bagaikan menyentap diri. Memang terkena batang hidung sendiri. Satu waktu dahulu, mama pernah begitu. sering menyalahkan orang lain dan masa lalu atas kekurangan diri. Rasa diri

:: Asset vs Budget ::

Salam ceria di pagi khamis uolsss... ;) Posting ni ditulis sekadar berkongsi pengalaman hidup dan keputusan yang telah kami buat sepanjang bergelar suami-isteri sejak 3 tahun yang lepas. Segalanya bermula saat kami mula merancang untuk berkahwin. Alhamdulillah segala yang kami atur berjalan lancar. Keputusan untuk berkahwin dibuat selepas kami berdua sama-sama mendapat tawaran kerja tetap.. Walaupun kerja yang ditawarkan bagi kelulusan diploma untuk kami yang memiliki Ijazah, kami tetap bersyukur dan menerimanya sebagai rezeki dari Allah. Sekiranya ada rezeki yang lebih baik juga kami akan terima dimasa akan datang. Kami cuba untuk positif dengan segala yang kami terima. INSYAALLAH.. Sebelum berkahwin, kami berbincang dan suami (bakal suami ketika itu) memberitahu sekiranya ingin berkahwin awal, dia hanya mampu membeli kereta terpakai dan kahwin sekaligus. Namun jika dia membeli kereta baru, hajat berkahwin terpaksa ditangguhkan beberapa tahun kerana komitmen untuk membayar keret

Practise @ 7 months old..

Practice make perfect.. Go go adik..=)

:: Wordless Wednesday ::

My LOVE until JANNAH...amin... Raya pertama :: aimi with beloved daddy.. =) kakak yang kelakar... ;D with lovely mommy otw homesweethome!!! =)

:: Cintailah DIA ::

Dulu sering ku di uji, Dulu sering ku di keji, Dulu sering ku di lupai, Dulu sering ku sabar menanti, Namun kini ku bahagia begini, Allah sentiasa murahkan rezeki , Semoga kami kekal dirahmati , Entah esok lusa kami kan pergi, Ku panjatkan SYUKUR padaMu ILAHI, Tanpamu pasti hati kan MATI . Atas kehendakMu kami masih di sini.. Allahuakbar!!!

Adik 7 months ++ dan kakak 2 tahun 5 bulan

Masa berjalan sangt pantas.. Pejam celik dah bulan 9.. Usia adik pun dah masuk bulan ke-7.. mcm xpercaya jer.. Kakak pula ramai yang tegur mcm dah umur 3-4 tahun even baru nak masuk 2 tahun setengah.. Lepas balik dari kampung, selera kakak makin bertambah.. Dia suka sangat makan nasi yang heavy2 like nasi karot, nasi hujan panas, dan nasi beriani.. Makan bertambah-tambah..selera betul..seronok suap kakak makan..=) Adik manis pula, start dari 6 bulan dah laju merangkak.. Now 7 bulan dah mula belajar bertatih.. banyak kali dah jatuh tapi xserik2.. Selalu bila merangkak laju jer dia cari tempat nak berpaut dan berdiri.. sambil merangkak, sambil kutip barang.. Mama risau sangat sebab dia suka masukkan barang dalam mulut.. semalam terjumpa petua nak elakkan baby suka kutip brg masuk dalam mulut, tp belum cuba lagi.. InsyaAllah petang ni mama test ok.. Mulut adik pun makin bising, lancar panggil abah dengan "Aa- VAH  ".. Mama belum pandai lagi.. Maybe kat rumah yang paling banyak

:: Amalan Murahkan Rezeki ::

Assalamualaikum w.b.t. Masih dalam mood raya kan? Idea banyak tapi mood nak mengarang tu sebatu menjauh..balik dari kampung konon nak REST n KEMAS rumah tapi agak PENAT dengan jadual kunjungan raya ke rumah sedara-mara dan kengkawan yang xputus2 lagi.. Semoga kita sentiasa dibawah rahmat dan perlindungan-Nya di bulan mulia ini. Ok, hari ni mama nak share tips yang boleh diamalkan untuk murahkan rezeki kita..InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan bila kita mengamalkannya.. Yakin dan percaya dengan rezeki dari ALLAH, insyaAllah kita akan lebih bahagia.. =) 1. Bertakwa kepada Allah. Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab se

SALAM EID' 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI KAMI SANAK SAUDARA DAN RAKAN TAULAN YANG JAUH MAHUPUN DEKAT ‘Taqabbalullah minna waminka’  (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Pengganti WES8668 - Green Machine 001 Hybrid

Green Machine - Green Car, Save the Earth.. Dalam entry lepas, honda civic kesayangan telah pun selamat bertukar tuan pada 13 Januari 2012.. setelah sebulan, penggantinya telah pun selamat dipinang.. Pada 3 Mac 2012, setelah 2 minggu menunggu proses kelulusan bank etc, green machine tersebut selamat kami terima.. New baby, new car.. Syukur alhamdulillahh.. Honda Insight Hybrid 2011

Resepi : butir nangka suka-suka hati

Assalamualaikum :) Semalam 3rd time mama buat butir nangka sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa.. dah addicted org kata..hari2 nak makan pun xpuas2.. Ok la mari kita kongsikan resepi untuk buat butir nangka suka-suka hati ni yer.. Bahan-bahannya ialah : 1 cawan tepung pulut (anggaran 2 org mkn) air yg diletak pewarna hijau (atau air perahan daun pandan) santan suka-suka hati nk kuah manis tu byk / sikit halba daun pandan gula & garam tepung beras (sikit je dlm 1 sudu untuk pekatkan kuah)  Cara-caranya ialah : Untuk sediakan butir nangka tu, campurkan tepung pulut dengan air hijau dalam bekas dan uli sebati (tepung dah xmelekat kat tangan) Panaskan air dalam periuk, sementara tunggu air mendidih, boleh la bentukkan tepung yang dah siap di uli tu bulat2 @ panjang2 (suka-suka hati)  Bila air dah mendidih, masukkan tepeung yang dah dibentuk ke dalam periuk. tunggu sehingga doh tersebut timbul dan terapung dalam air baru boleh diangkat dan dimasukkan ke dalam beka

Tips #2 : Membentuk JUARA

JADIKAN ANAK ANDA SEORANG JUARA ========================= Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang "outstanding" berbanding rakan sebayanya .. selamat mencuba mommies! 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik atau nama yang baik tetapi diberi gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak menjadi malu dan rendah diri. Sedangkan dalam Islam juga ibu bapa dituntut untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak. 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan pe

Tips #1 : Tantrum

APABILA ANAK BUAT PERANGAI ==================== Bila anak lepaskan geram, ia mempengaruhi orang lain. Petua berikut boleh membantu anda menenangkan anak yang buat perangai. Anda cuba memasukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala. Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap ‘mengamuk’. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Kerenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur empat tahun. MENGAPA? ======= Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripad

Resepi : ikan/ayam percik suka-suka hati

Assalamualaikum uols Hari ni mama nak kongsikan resepi yang mama cuba semalam. Ikan dan ayam percik simple lagi marvelous. almaklumla da ada pemanggang ajaib ni, hari-hari cari idea nak masak pakai benda alah tu..  See, bakar ikan xde melekat2 pun kan ? Bahan-bahan dia simple jer : Ikan kembung atau ayam (buat dua-dua sekaligus pun xpe sbb pkai kuah percik yg sama) santan pekat (suka-suka hati nak byk mana pun) serai 2 btg (suka2 hati jgk) halia lengkuas belacan sikit  bawang merah + bwg putih gula sikit garam suka2 hati nak masin/manis Cara-caranya untuk buat kuah percik ialah: tumbuk / mesin semua bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas dan belacan. masukkan semua bahan tersebut kedalam periuk yang berisi santan dan masak di atas api perlahan dan kacau. Titik, serai dan masukkan dalam periuk tersebut. Tambah gula dan garam ikut selera masing-masing. Kacau kuah smpi pekat dan likat. Seterusnya boleh la bakar ayam atau ikan (yang telah digaul dengan garam s

Menu Ramadhan #1

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni da 10 hari kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Sepanjang tempoh ni, cuma sehari je kami sekeluarga berbuka kat luar, sebab lauk2 basah dan sayur semua dah licin, terpaksa keluar untuk beli brg dapur dan keperluan anak2.. 1st time makan kat luar (Pak Li Kopitiam), mama ngan abah order nasi ayam lemon. Tengah-tengah makan tu tiba-tiba je mama sakit perut, terus xde selera nak habiskan dan mama bagi nasi lebih tu kat abah n aina. Makan berbuka kat rumah xpernah plak sakit perut macam tu.. nampak gaya memang wajib la mama masak hari-hari utk berbuka.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab puasa kali ni mama diberikan kekuatan dan kerajinan untuk memasak lauk-pauk untuk berbuka sekali dengan kueh-mueh yang enak-enak belaka.. 4 hari berturut-turut puasa mama buat onde-onde dan butir nangka as dessert. Then next day plak mama buat puding karemal (puding gula hangus) dan sagu gula melaka .. First time buat sagu terus menjadi, sedap n lazat.

:: Good Health Status :;

Alhamdulillahh... Keputusan ujian kesihatan mama memberangsangkan.. syukur alhamdulillah.. Mama ringkaskan hasil bacaan result tersebut yer : Secara puratanya paras kolestrol keseluruhan mama 4.4 milimol/liter adalah di tahap normal iaitu kurang daripada 5.2 milimol/liter. Paras HDL iaitu kolestrol baik 1.44 mimimol/liter , lebih dari 1 milimol/liter .. doktor bagitau bagus sebab kolestrol baik banyak... =) Paras LDL (kolestrol jahat) pula 2.50 milimol/liter , sangat baik kerana kurang dari 3.4 milimol/liter Paras TRG (kolestrol jenis minyak) 0.99 milimol /liter , juga bagus kerana kurang dari 1.7 milimol/liter. Nak tahu lebih lanjut mengenai kolestrol, boleh rujuk artikal ini ---> Panduan menurunkan paras kolestrol Antara tip untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat: Buangkan semua lemak dan kulit daripada daging, ayam dan itik sebelum makan. Tukar cara masakan dari menggoreng kepada membakar atau memanggang. Elakkan kuah dan sos yang berlemak. G

Riadah di PPAS

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulilah beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Di kesempatan entry ni, mama ingin memohon maaf atas segala salah silap jika ada terlanjur kata dan termakan minum, apa yang lebih dari Allah dan terkurang dari kekurangan mama sendiri. Ok la sambung balik tajuk entry kat atas tu.. hihi..  Weekend lepas (ahad, 14 Julai), kami sekeluarga (abah, mama, kakak aina dan adik aimi) telah berjaya menghadirkan diri ke Perpustakaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang baru terletak di Padang Golf Sek 13 Shah Alam. Maklumat lanjut boleh buka laman rasmi mereka di http://www.ppas.gov.my/. Kakak aina paling seronok bila masuk ke Zon Kreatif. Cantik, menarik tertarik... Sangat kagum dengan hiasan dalam, susun atur buku dan reka bentuk yang digunakan.. Sangat selesa dengan ruang yang luas, replica pokok besar yang menarik, karpet yang tebal, kerusi yang banyak dan pelbagai, empuk lagi.. Sesuai dengan trademarknye PPAS rum

Inspiration WORDS from Prof. Dr. Muhaya

Celik Mata, Reset Minda Bahagia dan membahagiakan  All collection of words came from my idol, Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad.. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman . Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang. Senyum adalah ubat yang paling mustajab. Jangan kedekut memberi senyuman terutama kepada anak,suami,isteri. Ucapkan terima kasih serta pujian kepada anak apabila mereka melakukan kebaikan agar ia lebih meransang anak memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan. Apabila kita memperlihatkan muka yang masam kepada semua terutama anak-anak,isteri,suami serta keluarga, ia akan mengundang kepada perkara yang negative. Maka berubahlah untuk mencapai kebahagiaan. Bersederhana dalam melakukan ketaatan- Belajar mengenal diri / kemampuan diri.Jangan paksa diri untuk melakukan perkara diluar kemampuan diri .Jangan bekerja melebihi 12jam akan jadi tiada kualiti.memperbanyakkan kuantiti akan melemahkan kualiti. Orang

Wordless Wednesday

Neuro Linguistik Programming

Kesimpulan dari bengkel 2 hari yg dihadiri di Puncak Alam: 1. Pentingnya menngunakan bahasa minda dlm berkomunikasi 2. Lebih mengenali diri sendiri menggunakan kaedah VAK. 3. SENYUM boleh menarik rezeki 4. Elakkan menggunakan bahasa "jangan, tidak, bukan, tetapi" 5. Sentiasa Positif 6. Apa yg kita lihat, dengar, rasa dan cakap adalah doa. 7. Tindakan kita adalah hasil dari apa yg kita dgr, lihat dan rasa. 8. Tips berdepan dgn org marah, tanyr mereka apa yg mereka nak sebenarnya. 9. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta. Impian yg ingin dicapai :: 1. Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada tahun 2017 bersama suami dan anak-anak. 2. Menjalani pembedahan lasik untuk kedua2 belah mata pada tahun 2015 ( kos semasa RM 6990.00 )

Kakak dan Adik Anugerah Terindah

Everything 'bout me!!

Assalamualaikum... Selalu duk buat entry pasal anak jer.. Kali ni special sket nk buat khas utk story pasal mama jer.. Ala bkn story menarik tertarik sgt pun.. Just nk summerize kan apa yg mama suka buat , guna dan pakai lebih kurg.. Ok kita mulakan dgn bab makan yer :: Pemakanan thanks Mr.hensem google!! Suka ulam-ulaman tp tak bermakna mama mkn ulam hari2.. Kt bandar ni susah nk cari.. Tp bila blk kg mmg xlepaskan peluang mkn ulam2 yg dipetik segar dr halaman rumah esp umah mertua, mcm2 ulam ada (pucuk putat, ulam raja, pucuk keterah all is my fav). MIL pun tiap kali dtg rumah dr kg mesti dia bawa ulam raja banyak-banyak sebab dah tau menantu dia suka sgt makan ulam...=) Lately sedang cuba untuk elakkan makan kubis, sebab mama pernah terbaca artikal yang kubis boleh menyebabkan peluh keluar berganda2 banyaknya dan punca kepada keputihan dikalangan wanita....xsuka! Even da habis pantang 40 hari dan 100 hari, tapi mama masih lagi berpantang dari makan pulut dan air kel

:: Wordless Wednesday ::

:: MEI 2012 :: Pictures vs story ::

 15 MAY 2012 Bermulanya jangkitan kuman menyerang kami sekeluarga selepas selesai kursus selama 2 hari.... start with me at this night.. ;(  15 May 2012 : Kursus Pengurusan Konflik dan Pengurusan Berkesan bersama Penceramah, Dr. Ibrahim Nor. Ubat (gel) pertama yang dibeli di COsway suggest by Dr. Ernie, pakar laktasi UiTM. 16 May 2012 : si kecil pulak yang kena infection kat lidah.. Pity my lil' daughter.. 23 May 2012 : suami plak demam, muntah2 dan terkena infection dalam mulut jgk.. Gusi bengkak, bibir pecah2 sampai xleh makan minum..poor my hensem boy... Lemah longlai badan tak makan 2-3 hari.. ( gambar tiada kena mengena dirakam ketika celeb my 2 years old birthday girl.) Momma tersangat jealous dengan botol itu.. Sabar yer syg.. Alhamdulillah semua da recover except mama jer waiting for another 2-3 days utk luka baik dan tertutup sepenuhnya.. Syukur alhamdulillah, kakak sorang sihat walafiat tak terkena jangkitan..but almost 1 month can't di