Doa kepada anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil) Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran). اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ (Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah) Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat). اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ (Allahumma barik fihi wanshur minhu) Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya. “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Alla...