Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan tanpa bantuan ubat.  .  Berkedudukan tegak  Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.  .  Duduk ke hadapan  Duduk ke hadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.  .  Melutut ke hadapan  Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan selesa mungkin.  .  Posisi merangkak  Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan lengkungkan badan.  .  Meniup  Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut 'huf..huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi...