Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan-jalan

Pantai Sri Tujuh

Cuti panjang sempena krismas dan Maulidur Rasul, kami sekeluarga balik kampung untuk ambil kakak. Ikutkan mama xlarat, dah 34 minggu, lagi 2 minggu dah cukup 9 bulan, dengan bag baby dan bag mama sdiri pun xsiap packing lg.. Baju-baju baby pun mama baru siap cuci, tak sempat lagi nak lipat, susun2 kemas dlm bakul.. Aduhai mak anak 3 ni memang besar tanggungjawab dan tugas nya.. Harini memang kena pulun juga kemas siapkan bag baby dgn mama stanby letak dlm kereta.. Esok confirm nurse tanya lagi dah siapkan belum persiapan nak bersalin?..kalau x jenuh kena tadah telinga dgr lecture dari nurse yg sangat caring dan prihatin tu..hehehe Ok kita sambung balik topik utama tadi, time balik haritu tak banyak sangat tempat kami pergi, khamis dengan jumaat duk lepak kat rumah je sebab mama sakit badan, lenguh duk dlm kereta, silap mama duk belakang, xleh adjust kerusi untuk bersandar, baby pun stress xbebas nak bergerak dlm perut ni kan.. sampai2 rumah perut duk mengeras je, penat, sakit urat

Kids 1st movie - The Good Dinosaur

13 December 2015, Sunday.  The Good Dinosaur.  Golden Screen Cinema, Setia City Mall Last 2 weeks, mama dgn abah bawa anak-anak (aimi dengan aisha je, kakak duk kg lg) enjoy their 1st movie at Cinema. Kebetulan abah dapat free 2 keping tiket (members birthday - register online Golden Screen Cinemas) dan cuti panjang sempena birthday Sultan Selangor dan Selangor menang bola lagi, kami bawa la anak-anak keluar tgk wayang. Adik dalam kereta otw nak g setia city mall, lepas breakfast makan roti canai dengan nasi.. :) Alkisah dlm panggung plak, adik masa tgh iklan tu ok steady lg layan tgk iklan, start je movie mama tgk dia dah tumbang, nyenyak je tdo atas riba abah...hahahhaaha.. Habis movie elok2 plak dia buka mata, jalan sdiri turun keluar dari panggung.. Kak ngah Aimi, layan elok je tgk, tp muka kelat takut-takut.. Maybe takut dinosaur tu keluar dari skrin kot, cuak je muka dia..sambil tgk sambil makan popcorn..habis sebekas tu.. ok la dorg behave, adik tido, kak ngah du

Jalan-jalan naik Komuter

28 November 2015, Sabtu,  Dah lama mama dgn abah duk plan nak bawa anak-anak merasa naik public transport, bas atau keretapi dan baru tertunai plan kami ni Sabtu lepas. Tapi sayang kakak dah balik kg, tinggal aimi dan aisha je. Naik komuter dari Padang Jawa ke Subang Jaya. Walau cuma xsmpi 15 minit, berada dalam komuter, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati pengalaman tersebut. Sampai di Subang, kami berjalan kaki pula ke shopping mall subang parade kat belakang stesen tu. Mama mengidam nak makan cheese cake secret resepi, abah makan cake durian2,dan kak ngah aimi dapat makan aiskrim.  Alhamdulillah semua happy cuma kak ngah meragam sekejap sebab x jumpa cari belon bila nampak ada budak lain bawa belon.. Jenuh juga nak pujuk kak ngah, last2 dia cool sdiri lepas berguling2 skejap.. Nampak mainan dlm McD nak main pula time nak balik dah, pujuk lagi last2 dia ok.. Skejap je lepas makan cake dan solat, kami terus balik sebelum hujan ptg2.. 

cuti-cuti malaysia part II

24 Mei 2013 Cuti hari wesak dan bermulanya cuti sekolah, kakak ipar dan mak mertua pula datang ke rumah kami pada Khamis malam. Jumaat pagi-pagi tu terus bertolak ke Port Dickson. Kakak ipar yang ajak kebetulan kawan baik dia kahwin di senawang. So masuk package sekali singgah bercuti di Western Prima In Land ( nama lamanya Tiara Beach Resort) . Baru awal tahun hari tu datang sini.. ok la percutian budget dan menarik kan.. =) Adik gelak sakan, dapat makan nasi kukus ayam panggang cowboy.. Baby zikry steady jek.. excited betul budak2 ni dapat main air..padahal hujan renyai2 ni.. lasak tapi Alhamdulillah balik umah xkena demam teruk..adik demam skit xsampi sehari dah kebah..Alhamdulillah

cuti-cuti malaysia part I

CUTI 1 :18-19-20 Mei 2013  Kami sekeluarga selamat bercuti di Gambang Resort City. Plan asalnya nak stay 1 malam je 19-20 sebab mama beli groupon awal tahun hari tu dan dekat2 nak expired baru kalut2 nak cari tarikh sesuai nak pergi. Kebetulan pulak abe long n family pun ada program kat sana pada 18hb, dorg pun suruh kami join sekali tumpang bilik dorg kat sana 1 mlm. Alhamdulillah boleh la rehat2 lama skit..hehe Pertama kali datang ke sini, 3 tahun lepas. Masa tu mama dengan abah dua-dua kena join conference. Kakak aina pulak masa tu baru 3 bulan lebih. Adik ipar ada kat rumah, so kami bawa la sekali untuk tgk2 kan aina semasa dalam kursus. Now dapat pergi lagi sekali memang excited la sebab kakak dan adik dah besar, mereka pun excited sangat dapat main air. seronok tgk dorg happy.. =) Gambar pun xbyk sgt dapat snap. Boleh la share sikit kat sini. Kami stay dekat hotel baru, kolam dia cantik sgt2.. dengan pasir yang memutih. Bukan anak je happy, mak bapak pun excited sekali..

Dhiya 1st birthday

Dhiya Nur Humaira Dhiya ni sepupu aina dan aimi. Lahir pada 13 Januari 2012. Saat mama sarat mengandungkan aimi, Dhiya lahir dahulu. Setahun berlalu. Masih segar dlm ingatan saat mama dan aina pergi melawat Dhiya di HUKM. Time tu abah aina balik kampung sebab nak bawa pinjam kereta tok abah. Kereta lama dah di beli orang saat mama sarat mengandung adik 9 bulan. Bahaya betul da cukup bulan, xde transport pula. EH, jauh plak terbabas. nak cerita pasal birthday Dhia, habis meleret benda lain.. Ok dhiya, ni je gambar yang mommy sempat snap time birthday dhia hari tu.. Dhiya moody, tgk ramai orang dan melekat ngan ibu jer, nak bergambar santek2 pun xsempat.. SPecial menu sempena birthday Dhiya, mommy masak nasi carrot dengan kurma daging dan ayam masak merah. Ibu Dhiya pula buat Laksa Penang Special dan cake coklat.  Happy BIrthday DHIYA !!!, moga menjadi anak solehah, dan cepat-cepat berjalan ya syg.. =) 13 JANUARY 2013 ALAM DAMAI Homemade special cake from ibu Dhiya.. 1st

Riadah hujung minggu #1 2013

Minggu pertama tahun 2013, abah beria ajak berbasikal di Bukit Cerakah atau nama panjangnya - Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Plan awal nak gerak kul 8 dari rumah, breakfast dulu baru kayuh basikal.. tapi hari kejadiannya, siap-siap kul 10 lebih baru kami sampai ke sana. Cuaca boleh tahan, panas skejap2, namun redup juga sebab banyak pokok-pokok rendang.. =) Tiket masuk masih kekal RM 3. Kali pertama mama masuk bukit cerakah time belajar dulu pun tiket RM3 juga. Dah lebih 5 tahun. Cuma tiket Masuk rumah 4 musim je dah naik dari RM3 ke RM5. Kiranya masih sangat murah lagi jika nak compare dengan kadar inflasi semasa kan? Usai membeli tiket masuk dan tiket rumah 4 musim, kami terus berjalan ke kaunter sewa basikal. Kadar sewanya juga berpatutan. Sejam pertama RM5, dan tambahan RM1 bagi jam berikutnya. Awalnya mama naik bersama kakak, tapi sampia je separuh jalan, adik menangis-nangis xnak duduk dengan abah.. Abah bawa adik dengan carrier di belakang. Adik pula macam

Pantai Morib

Entry ni mama malas nak tulis panjang-panjang.. banyak nak story tapi xtau nak start dari mana.. makanya kita layan gambar je la yeer.. rajin2 nanti mama update la skit2 mana sempat.. hahahah... boleh x boleh x? 8 December 2012 Sabtu Honda Insighter Mega TT GM Klang - Pantai Morib 66 buah mesin hijau semuanya... =) hitam yang hanya beberapa kerat.. ;) sama x sama x? ngeeeee ngeeeeeeeeeeeeeeeeee aktiviti bebasssss Gold Coast Morib.. =) Dinner n waiting for lucky draw ...=)