Celik Mata, Reset Minda
Bahagia dan membahagiakan
All collection of words came from my idol, Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad..
- Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang. Senyum adalah ubat yang paling mustajab. Jangan kedekut memberi senyuman terutama kepada anak,suami,isteri. Ucapkan terima kasih serta pujian kepada anak apabila mereka melakukan kebaikan agar ia lebih meransang anak memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan. Apabila kita memperlihatkan muka yang masam kepada semua terutama anak-anak,isteri,suami serta keluarga, ia akan mengundang kepada perkara yang negative. Maka berubahlah untuk mencapai kebahagiaan.
- Bersederhana dalam melakukan ketaatan- Belajar mengenal diri / kemampuan diri.Jangan paksa diri untuk melakukan perkara diluar kemampuan diri .Jangan bekerja melebihi 12jam akan jadi tiada kualiti.memperbanyakkan kuantiti akan melemahkan kualiti. Orang melakukan sesuatu kerja diluar kemampuan diri boleh mengakibatkan stress. Bersederhanalah kita tidak akan jadi miskin. Kekayaan secara mendadak akan membuat kita cepat jatuh. Perlahan-lahan mencari kesenangan dengan tenang dan sabar serta syukur. Bersyukur setiap hari akan menambahkan lagi rezeki.
- Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti. Maka teladanilah adab dan budi pekerti Nabi Muhammad S.A.W. Amalkan doa setiap hari
"Segala sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W itu kau berikanlah kepada ku/anak-anakku/Keluargaku/Suamiku/isteriku. Segala kecantikkan Nabi Yusof A.S kau berilah kepada ku/anak-anakku/ Keluargaku/Suamiku/isteriku dan segala kekayaan serta kesenangan Nabi Sulaiman A.S kau berikanlah kepadaku/anak-anakku/Keluargaku/Suamiku/isteriku Ameen...Yarabbal alamin" - Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan. Marilah kita bersama ikhlaskan hati untuk menjadi orang yang berjaya dan bahagia dunia dan akhirat insyALLAH.
- Sentiasa berprasangka baik kepada orang disekeliling kita, maka baiklah
yang akan jadi dengan izinnya. Sebagai contoh anak kita, sentiasa
berprasangka baiklah ke atasnya, maka baiklah akhlaknya.
Setiap hari bangun dari tidur, lihat pada cermin katakan pada diri sendiri "aku boleh jadi yang terbaik dalam ibadahku dan kerjaku" dan hadiahkan senyuman kepada diri anda. - Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kematian
yang memang wajib bagi setiap makhluk yang bernyawa dimuka bumi ALLAH.
Carilah keredhoanNya serta kesukaanya hindari kemurkaannya maka semua (rezeki, kejayaaan,ketenangan,kebahgiaan) akan mengalir kepada kita seperti air sungai yang sejuk dan tenang. - Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan, yang paling penting tukarkan niat yang pertama bekerja ikhlas kerana ALLAH, barulah rezeki itu berkat dan semakin banyak, InsyALLAH
- Jika kita tidak tahu tujuan hidup ia seolah olah kita mengembara dgn kompas yg rosak. Kita tersalah jalan dantak sampai tempat yg di tuju. Jika Allah bukan tujuan kita alangkah sia sianya hidup ini. Usah bincang perkara lain dan nak selamatkan dunia dan orang lain jika diri sendiri tidak selamat dengan sentiasa engkar pada Allah. Lihat pada orang yang bermasaalah dan tanya apa tujuan mereka. Kebanyakan nya hidup mencari kebahagiaan luaran, penghargaan manusia dan ingin dikenali disanjungi. Orang yang tahu tujuan hidup fokus mereka mencari Allah. Lihat status facebook dan nama kita letak itulah kita.
- Kanak kanak yg besar dgn pujian belajar yakin diri, mereka yang sering di kritik akan rendah diri dan akan menjadi panas baran keran tidak mengasihindir mereka dan orang lain. Kasih sayang kuasa terbesar di dunia. Penyelesai segala masaalh. Jom tingkatkan kasih sayang!!
- Sifat tanggung jawab amat penting utk mengelakkan sifat menyalahkan orang lain dan mmberi alasan dua racun kepada kebahagiaan dan kejayaan.
- Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar akan mengasarkan hati yang selembut sutera. Tegurlah dengan tutur kata yang lembut,walau tidak banyak,sedikit pasti berbekas dalam hati. Jangan tegur dengan mengherdik,walau tidak nampak pasti ada dendam terselit. Tarik rambut dalam tepung,tepung tidak berselerak... rambut tidak putus.
Ulasan