Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulilah beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Di kesempatan entry ni, mama ingin memohon maaf atas segala salah silap jika ada terlanjur kata dan termakan minum, apa yang lebih dari Allah dan terkurang dari kekurangan mama sendiri.
Ok la sambung balik tajuk entry kat atas tu.. hihi..
Weekend lepas (ahad, 14 Julai), kami sekeluarga (abah, mama, kakak aina dan adik aimi) telah berjaya menghadirkan diri ke Perpustakaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang baru terletak di Padang Golf Sek 13 Shah Alam. Maklumat lanjut boleh buka laman rasmi mereka di http://www.ppas.gov.my/.
Kakak aina paling seronok bila masuk ke Zon Kreatif. Cantik, menarik tertarik... Sangat kagum dengan hiasan dalam, susun atur buku dan reka bentuk yang digunakan.. Sangat selesa dengan ruang yang luas, replica pokok besar yang menarik, karpet yang tebal, kerusi yang banyak dan pelbagai, empuk lagi.. Sesuai dengan trademarknye PPAS rumah keDUAku... Datang sekali rasa nak datang hari-hari...
PPAS Perpustakaan BERTARAF 5 bintang !!!
|
Hari pertama pergi, sabtu parking penuh, dan ramai budak skolah, bas-bas sekolah so kitog decide patah balik dan datang keesokannya. |
|
ZON KREATIF : ramai juga parents yang bawa baby, anak-anak kecil.. kat sini BEBAS, xde orang nak marah budak2 buat bising, berlari-lari etc. |
|
Adik pun happy jer, tempat sejuk memang dia suka. Lepas penat main2 gurau senda, adik tdo dengan nyenyaknye..mama pun terlelap sama atas kerusi tu..hihihi |
|
Mula2 sampi kemain lagi kakak excited cari buku and belek2 tengok gambar, xsampai 5 minit terus main lari-lari tak ingat buku dah.. Adik pun suka tgk buku... tp xboleh biarkan nanti dia tarik buku masuk dalam mulut.. dap-dapnye adik cakap dlm hati..hihihi |
|
Tengok adik pun frust abah xbagi adik pegang buku terus dia paling muka ke lain..hehehhe |
|
Hah jangan xcaye !! i-mac pun ada.. RM1 je sejam mana nak cari murah mcm ni..hehehe |
Ulasan