Salam ceria di pagi khamis uolsss... ;)
Posting ni ditulis sekadar berkongsi pengalaman hidup dan keputusan yang telah kami buat sepanjang bergelar suami-isteri sejak 3 tahun yang lepas.
Segalanya bermula saat kami mula merancang untuk berkahwin. Alhamdulillah segala yang kami atur berjalan lancar. Keputusan untuk berkahwin dibuat selepas kami berdua sama-sama mendapat tawaran kerja tetap.. Walaupun kerja yang ditawarkan bagi kelulusan diploma untuk kami yang memiliki Ijazah, kami tetap bersyukur dan menerimanya sebagai rezeki dari Allah. Sekiranya ada rezeki yang lebih baik juga kami akan terima dimasa akan datang. Kami cuba untuk positif dengan segala yang kami terima. INSYAALLAH..
Sebelum berkahwin, kami berbincang dan suami (bakal suami ketika itu) memberitahu sekiranya ingin berkahwin awal, dia hanya mampu membeli kereta terpakai dan kahwin sekaligus. Namun jika dia membeli kereta baru, hajat berkahwin terpaksa ditangguhkan beberapa tahun kerana komitmen untuk membayar kereta terpaksa didahulukan. Kami sepakat dengan keputusan pertama dan setuju dengan keputusan abah untuk membeli kereta Honda Civic model tahun 1996, yang sudah berusia lebih 10 tahun. Kereta dibeli seingat mama pada bulan Ogos 2008, dan kami berkahwin pada bulan Januari 2009.
Sebelum berkahwin, kami berusaha menyimpan duit gaji yang diperoleh sebanyak mungkin minimum RM1000 sebulan selama 5-6 bulan sebelum majlis berlangsung. Alhamdulillah, hasil tabungan tersebut, kenduri kahwin dapat dijalankan dengan lancar dan penuh sederhana. syukur juga saat kami berkahwin belum timbul lagi trend2 kahwin seperti sekarang yang memerlukan kos yg sangat tinggi.
Selepas kahwin, kami menyewa rumah berhampiran tempat kerja mama. Selama 2 tahun menyewa kami fikir lebih baik kami beli dari kami rugi lagi banyak tahun dengan membayar sewa. Akhirnya pada akhir tahun 2011, rumah tersebut berjaya kami miliki dengan Izin Allah s.w.t. Semuanya berjalan lancar, kebetulan proses pembelian rumah tersebut berjalan serentak dengan proses pengeluaran kwsp kami. Wang kwsp yang dikeluarkan banyak kami laburkan untuk pembelian rumah.
Sebelum keputusan sewa-beli rumah tersebut dibuat, pada lewat tahun 2009, kami telah mem'booking' sebuah rumah baru dari developer di pekan Meru. Rumah teres setingkat itu dijangka akan dibangunkan pada tahun 2010 dan siap pertengahan 2012, namun tertunda kerana masalah-masalah teknikal. Akibat kelewatan tersebut maka kami membuat keputusan membeli rumah yang diduduki sekarang.
Awalnya kami sangat takut dan tidak yakin untuk membeli 2 buah rumah serentak namun selepas berbincang dan berfikir panjang, kami sahut cabaran tersebut dan cuba untuk menguruskannya dengan berhemah, apatah lagi segala urusan bayaran dan deposit dapat berjalan lancar kerana urusan pengeluaran KWSP juga berlaku pada tempoh yang sama. Alhamdulillah.
Dan pada tahun ini 2012, keputusan untuk membeli aset baru (kereta) pula dibuat. Perancangannya dibuat seawal disember 2012 lagi kerana tidak tahan dengan kereta lama yang acap kali rosak. Sayang, memang sayang... Namun keputusan terpaksa dibuat bagi menjamin masa depan kami, dan tidak sanggup lagi wang tabungan dihabiskan untuk membaiki kereta tersebut (kos repair mencecah ribuan ringgit).
Fikir punya fikir, bincang punya bincang, akhirnya kami sepakat untuk membeli sebuah kereta Honda Insight 2011 pada Mac 2012. Kami berani membeli kereta ini kerana kereta lama dapat dijual dengan harga yang sangat membantu kami untuk membeli kereta baru ini.. Syukur Alhamdulilah..
Itulah serba sedikit perjalan kami sekeluarga dalam membeli aset-aset yang kami ada sekarang dan bagaimana kami mendapatkan modal untuk memilikinay dengan gaji kami yang tidak seberapa ini. Hanya dengan Izin Allah S.W.T kami diberikan rezeki-rezeki ini seiring dengan kehadiran anak-anak.
Kami hanya mampu merancang, ALLAH yang maha AGUNG yang menentukan..

Ulasan