Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Homesweethome

Update rumah

Alkisahnya..setelah sekian lama cerita tentang rumah kami diamkan. Diam itu lebih baik kan dari kami bising-bising dan kutuk2 developer yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai tepati. Memang kami sedikit frust. Sebab apa yang berlaku di luar kemampuan kami. Kami rancang untuk masuk rumah baru seawal bulan lepas. Potongan pinjaman perumahan kami bermula pada gaji bulan Jun lagi. bayangkan kami terpaksa bayar 2 buah rumah tanpa sebarang 'side income'. Developer mula berjanji pada kami akan menyiapkan rumah dan menyerahkan kunci seawal bulan april lagi, kemudian bulan mei dan sekarang kami sendiri sudah jemu berharap dah serahkan semuaNya kepada Allah s.w.t. Semoga ada jalan keluar untuk masalah kewangan kami. Potongan bulan pertama, bermula bulan June, kami tiada sebarang rancangan tambahan, kami redah saje dan terpaksa menggali wang tabungan yang disimpan khas untuk persediaan masuk rumah baru. Kami keluarkan sedikit untuk meringankan beban kewangan kami. Bulan ke-dua, bula...

Update our little sweethome

Sabtu lepas usai menghantar keluarga mertua mengerjakan umrah di LCCT, kami sempat singgah menjenguk progress teratak kecil ini.. Sangat teruja untuk melihat update terkini dengan mata kami sendiri selepas diberitahu oleh teman rapat, sara yg telah pergi melihatnya pada minggu lepas.. Kat depan da simen habis.. yang pelik kenapa ada tempat sampah tu sampai 2 utk 1 rumah, kiri dan kanan..confuse sekejap.. mungkin juga untuk asingkan sampah kering dan basah kot..part paling best kat depan tu dia sediakan sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam.. =) ruang belakang dekat dengan kolam pun sudah disemen..hujung dekat dinding tu shower utk mandi lepas main kolam.. :) Kolam masih sama lagi dari previous visit, belum di tile dan finishing.. Ruang belakang memang privasi, tinggi pagarnya.. dinding dapur juga telah di pasang tile.. gambar bilik air En.suami xambil pula, dinding bilik air juga telah di tile sepenuhnya ketiga-tiga. Rasanyan dah mencecah 85% kot.. Anggaran b...

Rumah kecil kami #3

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah, sabtu lepas berpeluang melawat tapak rumah lagi. Kebetulan umi dan abah datang, mereka pun beria nak pergi tengok rumah. Jom tgk gambar progress. Rasanya dah hampir 80% hampir siap. Tinggal lagi pasang pintu, tile, pagar, dan finishing jer.. Paling mama suka bila tgk kat dapur dia dah sediakan tablle top untuk sinki.. Alhamdulillah, jimat lagi kos nak upah kontraktor buat benda alah tu.. Boleh la nt abah DIY je pasang kabinet murah-murah beli kat IKEA.. =) As usual, bila bergelar photographer yg xbertauliah ni, gambar sdiri xde org nak ambik..so sad.. =( tp nak letak jgk la gambar lama ni masa previous visit.. =) pun kena ambik sdiri.. hukhuk

Rumah kecil kami #2

Alhamdulillah, pada 28 December 2012 kami sempat membuat lawatan mengejut ke tapak rumah yang terakhir bagi tahun ini. Rumah tersebut hampir 70% sudah siap. Kolam pun dah naik, rumah pun hampir tertutup sepenuhnya cuma bingkai tingkap dan pintu belum dipasang lagi. Kebarangkalian untuk rumah ini selamat kami duduki pada pertengahan tahun depan agak tinggi, In sya Allah. Semoga bila pindah kesini nanti, kejiranannya lebih baik dan jauh sangat baik dari sekarang.. Makin hari makin stress pula bila berjiran dengan orang2 yang agak sombong dan kurang berbahasa ni.. mini-pool yang da penuh dengan air hujan..rasanya nanti jadi kolam ikan kolam ni..hahhaha Abah dan princess2-nya

Rumah kecil kami #1

Oktober 2012 More than 50% March 2012 Less than 30 % ********************************************************************* Model : in front view Model rumah : top view