Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Rahsia Cergas di Bulan Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Pejam celik hari ini dah masuk hari ke-empat kita berpuasa. Nak tahu apa rahsia mama anak empat ni kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa ni? Yang pertama sekali, mind set kita kena betul, positif, yakin boleh tu paling penting. Mama kena yakin mama mampu berpuasa ketika bekerja, sambil uruskan hal anak-anak dan rumahtangga. Tapi yang urus rumahtangga tu buat yang wajib je dulu, contoh masak untuk berbuka dan sahur dgn basuh baju, dan urus anak-anak.. Yang lain-lain kemas rumah, cuci mop lantai tu boleh la buat time weekend atau time malam lepas berbuka. Tapi mama memang tak sempat, balik kerja cepat-cepat masuk dapur sedia bahan nak masak. Lepas berbuka dan solat magrib ialah masa untuk bersama anak-anak. Kalau ada terajin sikit boleh la mama lipat baju, vakum2 sikit sambil main-main dengan mereka berempat tu. Biasa bulan puasa ni pukul 9 ke 10 malam, mama dah paksa semua anak-anak tidur. Kalau tak meleret lah sampi pu

FAMILY PLANNING

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua. Petang tadi lepas solat zohor kat surau terlintas di hati mama nak share pasal benda ni.. Family planning -perancangan keluarga. Cuma sekadar nak share pengalaman dan nasihat yang mama terima dari bidan dan orang-orang lama. Ramai juga kawan-kawan dan sedara mama yang merancang keluarga dengan mengambil ubat-ubatan  dan alat seperti yang di nasihatkan oleh nurse-nurse kat Klinik Kesihatan. So far sampai ke hari ni mama masih belum start ambil sebarang ubat-ubatan untuk Family Planning ni. Dari lepas bersalin anak pertama lagi duk fikir2 nak ambil sampai lah sekarang dah anak empat ni.. Cantik pula Allah aturkan selang setahun selepas bersalin , perut mama berisi lagi. So jarak setiap anak ngam-ngam 2 tahun seorang..  Masa lepas bersalin kakak Aina, mama dengan abah memang xde terfikir lagi untuk family planning ni. Satu sebab utama ialah kami risau bila dah plan start ambil ubat, nanti time plan nak tambah baby lagi Allah ta

Mendidik Anak Mendengar Arahan

Memberi arahan kepada kanak-kanak juga merupakan satu bentuk komunikasi atau percakapan yang sangat perlu diberi perhatian oleh ibu bapa malah juga guru di tadika. Selalu terdengar rungutan ibu bapa atau guru-guru bagi kes kanak-kanak tidak mengikut dan mendengar arahan. Sebenarnya bercakap dengan kanak-kanak terutamanya memberi arahan juga memerlukan seni komunikasi yang tertentu. Terdapat beberapa peraturan mudah yang perlu diberi perhatian oleh orang dewasa apabila bercakap dengan kanak-kanak supaya boleh mengikut arahan yang diberikan. 1.Dapatkan perhatian Sebelum memberi arahan, dapatkan perhatian kanak-kanak tersebut sepenuhnya terlebih dahulu. Semasa bercakap cuba minimakan gangguan daripada persekitaran. Jika sedang bermain, minta berhenti bermain beberapa minit atau seketika. Elakkan memberi arahan di depan televisyen dan duduklah secara berhadapan dengannya. Lihat matanya dan sentuh atau pegang bahunya dan lihat terus ke dalam matanya semasa memberi arahan. Sebut n

Jalan-Jalan Naik MRT

1 Januari 2017 Jalan-jalan naik MRT dari stesen Semantan ke Stesen Mutiara Damansara. Jalan kaki cuci mata ke IKEA dan makan di The Curve Kembali balik semula dari stesen Mutiara Damansara ke stesen Semantan. Budak-budak tu seronok betul tengok persembahan hari Krismas, ada princess2 cantik menari.

Jalan-Jalan Tengok Gajah di Kuala Gandah

Throwback... Gambar lama ni baru teringat nak share.  Jalan-Jalan Tengok Gajah Di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang 28 Januari 2017 Bayaran Masuk : Seikhlas hati (terpulang nak bagi berapa untuk bantu mereka menguruskan gajah-gajah ni) Sila klik map utk tgk direction ke sana ye :) Nak sampai ke sini kena masuk jauh ke dalam kampung.. Seelokknya datang awal pagi, dari KL ke sini dalam sejam setengah atau 2 jam jer. Kami first time datang sini, ibu (kakak mama) dah banyak kali dah dtg dia yang bawa kami tunjuk jalan. Adik seronok tengok gajah, kak aisha takut-takut..

Jom daftar SHOPBACK

Khas untuk geng-geng kaki shopping online macam mama ni, jom kita daftar SHOPBACK beramai-ramai.. Tiap-tiap bulan, tiap minggu kita shopping onlien kan beli pampers, beli mainan anak-anak, beli botol susu tapi xdapat apa-apa pulangan. Dengan SHOPBACK kita dapat menebus ganjaran bagi setiap pembelian online yang kita buat. Daftar je pun dah dapat RM5, bila nak shopping kita dapat pulangan lagi sebanyak 11% dari harga barang yang kita beli tu. Meh Klik dan daftar disini.. SHOPBACK Best kan lepas beli, buat bayaran kita dapat pulangan dan ganjaran lagi lepas kita dah beli barang tu. Senang je nak daftar guna akaun Facebook pun boleh, lagi senang tak payah susah susah nak simpan akaun username dan kata laluan yang baru, lepas tu terlupa, tak ingat macam mama nih :)

Tip Jaga Anak Perempuan

1. Ajar anak solat. Ini asas dan tiang didikan anak-anak. 2. Peluk anak setiap hari, mudahnya nak cas aura positif. Biar anak tahu anda sayang dia. 3. Marah pun, kena penuh dengan kasih sayang. Tiap kali dia buat salah, nyatakan kenapa anda marah. 4. Mak Ayah kena rajin puji anak. Ini satu jalan untuk tanam sikap confident dalam diri anak. 5. Utamakan anak, tiap kali anak panggil atau tanya, jawab. 6. Jangan sesekali maki anak sendiri atau panggil dengan panggilan buruk. 7. Dengar bila anak sedang bercerita. 8. Kadang nak pabik dan takut. Waktu ini, tolonglah tenangkan anak dengan penuh kasih sayang. 8. Andai anak bergaduh, leraikan dengan cara yang lembut. Jangan guna cara kasar seperti tengking anak! 9. Jangan rotan anak dari lutut ke atas. Ini boleh menyebabkan anak jadi degil dan melawan. 10. Tinggalkan kerja di pejabat. Fokus layan karenah anak. 11. Hargailah permainan anak, mak ayah boleh duduk bersama sambil bermain dengan anak. 12. Terima anak seadanya,

Kalau Ada Anak Perempuan Ramai...

Assalamualaikum...suka mama nak share artikal ni yang dipetik dari majalah mingguan wanita.. Khusus untuk mama dan rakan-rakan mama kat luar tu yang ada anak perempuan berderet macam mama k.. Alhamdulillah syukur pada rezeki anak-anak yang Allah beri.. Jom kita baca a ********************************************************************************* "Hamil anak perempuan lagi? Bila pula peluang nak dapat anak lelaki? Malang ke kalau dapat anak perempuan 3 orang berturut-turut? Dan macam mana penerimaan suami nanti?" Itulah soalan-soalan yang selalu menyerang bila mak-mak beranak anak perempuan berturut-turut. Ibu, jangan risau dengan situasi ini. Sebenarnya anda cukup bertuah punya anak perempuan yang ramai. Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barang siapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak