Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips mendidik anak

Parenting : Potty training

Bismillah... MashaAllah lamanya mama tak update blog ni kan? hutang cerita macam-macam tapi satu pun tak terbuat.. Semalam sambil jalan kaki sorg2 beli makanan kat cafe, terlintas dalam kepala mama nak update pasal potty training cara mama untuk anak-anak... Walaupun xsehebat mommy2 lain yang dapat trainning anak masing-masing seawal 2 tahun, tapi mama tetap bangga dengan kakak dan kak ngah yang berjaya free pampers sepenuhnnya sebelum menginjak birthday ke-3 tahun.. Alhamdulillah syukur.. Sedikit tips yang ingin mama kongsi harini perihal potty training dan free pampers untuk anak-anak: Pertama sekali, mama-mama ibu-ibu memang nak tak nak kena banyak sabar layan kerenah mereka. Boleh start bila anak dah pandai bercakap, dan boleh bagitau apa yang mereka nak, tak nak, mama dah boleh start untuk training ke bilik air..  Mama kena rajin dan kerapkan bertanya anak-anak, nak kencing, setiap 5-10 minit.. kalau anak terkencing, jangan marah, cakap elok2. kalau kita marah,...

Tips #2 : Membentuk JUARA

JADIKAN ANAK ANDA SEORANG JUARA ========================= Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang "outstanding" berbanding rakan sebayanya .. selamat mencuba mommies! 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik atau nama yang baik tetapi diberi gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak menjadi malu dan rendah diri. Sedangkan dalam Islam juga ibu bapa dituntut untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak. 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan pe...

Tips #1 : Tantrum

APABILA ANAK BUAT PERANGAI ==================== Bila anak lepaskan geram, ia mempengaruhi orang lain. Petua berikut boleh membantu anda menenangkan anak yang buat perangai. Anda cuba memasukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala. Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap ‘mengamuk’. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Kerenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur empat tahun. MENGAPA? ======= Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripad...