"Betapa bahagianya anak anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Bagi mereka yang ada perasaan negatif terhadap mereka buang semua emosi ini. Ini dapat dilakukan dgn memahami bahawa cara seseorang dibesarkan mempengaruhi mereka terutama 6 tahun pertama kehidupan. Bayangkan ibu bapa semasa mereka kecil dan input negatif yang diterima dan merasa kasihan pada mereka. Baginibu bapa yang ada anak anak bawah 6 tahun lihat lihat apa input diberindan sistem nilai yang diterap di rumah. Jika anak anak kita tidak seperti yg kita mahukan lihat diri kita. Jika kita negatif pada ibu bapa kita sekarang bayangkan macam mana anak kita nanti dengan kita. Sama refleksi diri dan lakukan transformasi diri dengan mencari ilmu ugama, akidah, ibadah dan akhlak"
Petikan dari fb Prof. Dr. Muhaya ini bagaikan menyentap diri. Memang terkena batang hidung sendiri. Satu waktu dahulu, mama pernah begitu. sering menyalahkan orang lain dan masa lalu atas kekurangan diri. Rasa diri serba kekurangan bila dibandingkan kawan-kawan yang lain. Sering menyalahkan ibubapa sendiri. Allahuakbar. Betapa naifnya diri saat itu. Tanpa semalam kita tidak akan berdiri seperti hari ini. tanpa mereka mama takkan seperti hari ini. Berdosanya diri..
Sukarnya merasa bahagia bila sering berfikiran negetif dan menyalahkan orang lain. Pengalaman mematangkan usia, Alhamdulilah sekarang dengan berfikiran lebih waras, mama sedar betapa pengalaman tersebut sangat membantu dalam menguruskan rumahtangga dan keluarga.
Allahuakbar, semoga hidup kami sekeluarga sentiasa dibawah rahmat dan keberkatanNYA.
Al-Fatihah buat arwah abah yang sangat diingati. Selepas pemergiaan arwah, kami sekeluarga kembali bersatu adik-beradik dan ibu kandung. Semoga hubungan ini kekal erat dan berpanjangan hingga ke SYURGA-Mu ya RABB.

Ulasan