Langkau ke kandungan utama

Everything 'bout me!!

Assalamualaikum...

Selalu duk buat entry pasal anak jer.. Kali ni special sket nk buat khas utk story pasal mama jer.. Ala bkn story menarik tertarik sgt pun.. Just nk summerize kan apa yg mama suka buat , guna dan pakai lebih kurg.. Ok kita mulakan dgn bab makan yer ::

Pemakanan

thanks Mr.hensem google!!
  1. Suka ulam-ulaman tp tak bermakna mama mkn ulam hari2.. Kt bandar ni susah nk cari.. Tp bila blk kg mmg xlepaskan peluang mkn ulam2 yg dipetik segar dr halaman rumah esp umah mertua, mcm2 ulam ada (pucuk putat, ulam raja, pucuk keterah all is my fav). MIL pun tiap kali dtg rumah dr kg mesti dia bawa ulam raja banyak-banyak sebab dah tau menantu dia suka sgt makan ulam...=)
  2. Lately sedang cuba untuk elakkan makan kubis, sebab mama pernah terbaca artikal yang kubis boleh menyebabkan peluh keluar berganda2 banyaknya dan punca kepada keputihan dikalangan wanita....xsuka!
  3. Even da habis pantang 40 hari dan 100 hari, tapi mama masih lagi berpantang dari makan pulut dan air kelapa.. InsyaAllah nak pantang sampai setahun.. tp pulut mama da langgar pantang sekali tp makan skit jer nak rasa... =P
  4. Dalam sehari wajib untuk menjamah nasi paling kurang sekali...kalau tak makan nasi, tahap kelaparan mama berada pada tahap maksimum yang kesannya boleh menyebabkan 'bad mood' serta cepat marah...uhuhu
  5. Dalam usaha untuk meningkatkan pengambilan air putih sekurang2nya 2 liter sehari, setelah badan mula menunjukkan tanda-tanda terhidrat (kulit kaki mengelupas dengan agak teruk). Mungkin juga sebab mama kuat berpeluh, air banyak keluar dari badan, untuk maintain kena rajin minum air putih dengan banyaknya selain sapu losyen di tempat yang kering tersebut.

Kosmetik

  1. Selepas hampir 4 tahun bekerja dan mampu untuk membeli barang keperluan sendiri, mama terpaksa akur untuk tidak lagi membeli sebarang alat make-up except bedak silkygirl dan lip balm sahaja.. Dari pengalaman lepas2, alat2 kosmetik ni sampai dah expired, separuh pun xhabis mama pakai dan akhirnya terpaksa dicampak ke dalam tong sampah...sangat membazir ok.. So moral of the story, no more blusher, eye shadow, lipstick, mascara etc.. Penah sekali mama beli lipgloss dan mascara brand 'Shu Uemura' langsung tak luak, pakai sekali dua jer lepas tu bertahun2 tersimpan dlm bekas kat rumah, last2 buang...membazir betul..
  2. Suka pakai bedak anak-anak (brand Anakku /Johnson2) bila nak cepat..

Penampilan

salah satu nurseing wear yang berjaya mama beli..haha berjaya tuuuu..;p
  1. Sekarang selepas bergelar ibu kepada 2 orang puteri comel, sangat selesa mengenakan nursing wear untuk keluar shoping atau jalan-jalan. Sekarang mama baru ada 4 helai nursing wear yang dibeli online dari fb.. Teringin nak buat koleksi banyak-banyak, tp mengenangkan kejadian sedih yang mengganggu penyusuan mama, hasrat ni terbantut sampai kat sini je kot.. Adik sekarang dah reject direct feeding dan selesa dengan botol after 1 month mama tak boleh nak direct feeding.. sangat sedih!!!
     
  2. Sangat selesa mengenakan tudung ber'awning' keras sebab sangat mudah, cepat dan simple bagi mereka yang bergelar ibu yang setiap pagi nak bersiap macam tarzan (copy ayat dr mamaariq-iris).. Dah lebih setahun rasanya tak pakai tudung bawal, agak leceh sebab nak kena gosok bagai..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...