Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Rindu...

Hari ni 13 December 2019 hari jumaat.. tiba-tiba je tengah lunch sesorang tadi terasa shahdu..teringat tarikh yang sama beberapa tahun yang lepas.. Biasanya sejak dari 10 tahun yang lepas, time-time hujung tahun ni mama dah sarat, sama ada dah 25 minggu atau 32 minggu.. saje je kan, ahaks... Alhamdulillah syukur dah ada 5 orang puteri ni pun dah tak menang tangan. Penat tak leh nak bincang, tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan..kalau fikir logic 10 tahun lepas macam tak percaya je sekarang anak dah 5.. Mengandung senang, membesarkan tu mashaAllah sangatlah mencabar.. Doakan ye kawan-kawan semoga urusan kami ibu-ibu zaman moden milenia ni berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang solehah dan berbakti pada agama dan negara...insyaAllah amin.. Okla sambil-sambil teringat tu meh la kita layan gambar-gambar saat berbadan dua untuk melepas rindu gitewww :) Kenangan 2 tahun lepas di Bukit Bendera Pulau Pinang.. Kalau tak silap 1 okt 2017. Dapat jumpa kawan baik mama zaman

Mereka dikala umur setahun++

Kakak Aina yang pertama bertahta di jiwa mama dan abah. Aimi yang kedua yang selalu menceriakan kami sekeluarga . Aisha yang ketiga menawan dan riang sentiasa . Aini keempat yang menghiburkan dan banyak celoteh suka bercerita. Anis si bongsu yang manja dan disayangi semua.

Pengalaman bersaliln kali ke-5

Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillah harini selepas satu tahun 5 bulan pengalaman melahirkan anak bongsu, baru terlintas masa tengah drive tadi nak share kat blog mama ni.. Untuk tatapan anak-anak mama juga bila korang dah besar nanti ye.. Doakan mama panjang umur boleh tengok anak2 membesar, habis sekolah masuk U, grad, kahwin, dapat anak (mama dpt cucu) insyaAllah mudah-mudahan Aamiinn... Sebelum tarikh keramat 15 Jan 2018, mama beberapa kali juga ke hosp Shah Alam appoinment jumpa pakar di sana untuk pilih tarikh elective Ceasar dan mendengar nasihat pakar berkenaan BTL (Bilateral Tubal Ligation) -bahasa mudahnya ikat peranakan. Disebabkan mama ada sejarah 2 kali dah ceasar, so yg ni kali ketiga memang mama terpaksa kena csar juga.. Mula-mula rasa ralat, sedih, juga tapi atas faktor kesihatan dan untuk elakkan risiko lain yang lebih teruk, mama relakan jua :( tengak gmbr baby baru keluar ni rasa xserik tau sakit beranak tu...Subhanaallah sungguh indah ciptaanmu ya Alla

Happy Birthday Nur Aini Farihah 3 Tahun

Bismillahhirrahmanirrahimm... Alhamdulillah tanggal 27 Januari 2019 genap usia anak ke-4 mama yang paling banyak celoteh mcm mak nenek berusia 3 tahun. 3 tahun tapi fizikal macam dah 5 tahun nak sama besar dengan kakak aisha dah... Mama dengan abah sempat buat majlis ringkas di rumah ibu, dan sambut sekali dengan Dhia, dan Aimi dan Anis juga, semua Januari babies :).. Ramai kan.. Terima kasih ibu sudi layan kitorg... Kami buat sambutan di rumah ibu sebab ramai orang, sepupu2 lain pun boleh datang. Jom kita layan tengok gambar. Memori kenangan untuk korang nanti bila dah besar yer.. Lots of love 😍😍😍😍💖💖 *xsempat ambik gambar kek handphone mama dah mati, habis bateri 😞😞😞😞 Happy Birthday  Nur Aini Farihah 3 Tahun