Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi

Motivasi : Membina Keyakinan Diri

Assalamualaikum.. Harini mama nak share petikan dari FB Prof Muhaya perihal membina keyakinan diri.. Jom sama-sama baca... Perkongsian yang sangat baik untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri kearah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.. ******************************************************************* PETIKAN ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 1) Setiap manusia mempunyai nilai diri yang tersendiri, sebab kita datang dari kampung yang berbeza, keluarga yang berbeza, Ibu bapa yang berbeza, sekolah yang berbeza, dan universiti yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah ‘sistem nilai’ dan ‘sistem kepercayaan’ setiap orang daripada kita berbeza; mungkin sesuatu yang difikirkan dan dirasakan tidak penting bagi orang lain, teta pi ia menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri kita sendiri. Perbezaan-perbezaan itu juga menunjukkan cara kita dididik dan dibesarkan banyak mempengaruhi imej diri kita....

Org perempuan memang degil

Suka baca ni... :) memang semua perempuan macam ni kan? heheh ###################################################### Org perempuan tak reti serik Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih...

Refleksi Diri

" Betapa bahagianya anak anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Bagi mereka yang ada perasaan negatif terhadap mereka buang semua emosi ini. Ini dapat dilakukan dgn memahami bahawa cara seseorang dibesarkan mempengaruhi mereka terutama 6 tahun pertama kehidupan. Bayangkan ibu bapa semasa mereka kecil dan input negatif yang diterima dan merasa kasihan pada mereka. Baginibu bapa yang ada anak anak bawah 6 tahun lihat lihat apa input diberindan sistem nilai yang diterap di rumah. Jika anak anak kita tidak seperti yg kita mahukan lihat diri kita. Jika kita negatif pada ibu bapa kita sekarang bayangkan macam mana anak kita nanti dengan kita. Sama refleksi diri dan lakukan transformasi diri dengan mencari ilmu ugama, akidah, ibadah dan akhlak" Petikan dari fb Prof. Dr. Muhaya ini bagaikan menyentap diri. Memang terkena batang hidung sendiri. Satu waktu dahulu, mama pernah begitu. sering menyalahkan orang lain dan masa lalu atas kekurangan diri. Rasa diri...

Inspiration WORDS from Prof. Dr. Muhaya

Celik Mata, Reset Minda Bahagia dan membahagiakan  All collection of words came from my idol, Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad.. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman . Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang. Senyum adalah ubat yang paling mustajab. Jangan kedekut memberi senyuman terutama kepada anak,suami,isteri. Ucapkan terima kasih serta pujian kepada anak apabila mereka melakukan kebaikan agar ia lebih meransang anak memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan. Apabila kita memperlihatkan muka yang masam kepada semua terutama anak-anak,isteri,suami serta keluarga, ia akan mengundang kepada perkara yang negative. Maka berubahlah untuk mencapai kebahagiaan. Bersederhana dalam melakukan ketaatan- Belajar mengenal diri / kemampuan diri.Jangan paksa diri untuk melakukan perkara diluar kemampuan diri .Jangan bekerja melebihi 12jam akan jadi tiada kualiti.memperbanyakkan kuantiti akan melemahkan kualiti. O...

Good article for your mind ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya u...

Renungan bersama....

PETUA CUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf p...