Langkau ke kandungan utama

Tips #2 : Membentuk JUARA

JADIKAN ANAK ANDA SEORANG JUARA
=========================

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang "outstanding" berbanding rakan sebayanya .. selamat mencuba mommies!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik atau nama yang baik tetapi diberi gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak menjadi malu dan rendah diri. Sedangkan dalam Islam juga ibu bapa dituntut untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Apabila si anak tadi rasa dihargai, ianya akan memotivasikan beliau untuk berbuat dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana keluarga merupakan sumber kekuatan seseorang indiividu.

7. Di dalam membesar dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya mereka akan gundah gulana. Jadi, kita perlulah membantu supaya mereka tidak rasa bersendirian dalam menangani dan menyelesaikan masalah mereka.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri kerana mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Jangan jemu untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kita walaupun terpaksa mengulanginya sehingga beberapa kali sehingga mereka faham.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita menghadap perkara lain.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan. Oleh itu, dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang, anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Semoga dengan beberapa panduan ini, kita dapat menjadi ibu bapa yang lebih baik dari sebelumnya.

Sumber : facebook MalaysianMommiesNetwork

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...