Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kesihatan

:: Good Health Status :;

Alhamdulillahh... Keputusan ujian kesihatan mama memberangsangkan.. syukur alhamdulillah.. Mama ringkaskan hasil bacaan result tersebut yer : Secara puratanya paras kolestrol keseluruhan mama 4.4 milimol/liter adalah di tahap normal iaitu kurang daripada 5.2 milimol/liter. Paras HDL iaitu kolestrol baik 1.44 mimimol/liter , lebih dari 1 milimol/liter .. doktor bagitau bagus sebab kolestrol baik banyak... =) Paras LDL (kolestrol jahat) pula 2.50 milimol/liter , sangat baik kerana kurang dari 3.4 milimol/liter Paras TRG (kolestrol jenis minyak) 0.99 milimol /liter , juga bagus kerana kurang dari 1.7 milimol/liter. Nak tahu lebih lanjut mengenai kolestrol, boleh rujuk artikal ini ---> Panduan menurunkan paras kolestrol Antara tip untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat: Buangkan semua lemak dan kulit daripada daging, ayam dan itik sebelum makan. Tukar cara masakan dari menggoreng kepada membakar atau memanggang. Elakkan kuah dan sos yang berlemak. G...