Alkisahnya..setelah sekian lama cerita tentang rumah kami diamkan. Diam itu lebih baik kan dari kami bising-bising dan kutuk2 developer yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai tepati. Memang kami sedikit frust. Sebab apa yang berlaku di luar kemampuan kami. Kami rancang untuk masuk rumah baru seawal bulan lepas. Potongan pinjaman perumahan kami bermula pada gaji bulan Jun lagi. bayangkan kami terpaksa bayar 2 buah rumah tanpa sebarang 'side income'. Developer mula berjanji pada kami akan menyiapkan rumah dan menyerahkan kunci seawal bulan april lagi, kemudian bulan mei dan sekarang kami sendiri sudah jemu berharap dah serahkan semuaNya kepada Allah s.w.t. Semoga ada jalan keluar untuk masalah kewangan kami.
Potongan bulan pertama, bermula bulan June, kami tiada sebarang rancangan tambahan, kami redah saje dan terpaksa menggali wang tabungan yang disimpan khas untuk persediaan masuk rumah baru. Kami keluarkan sedikit untuk meringankan beban kewangan kami. Bulan ke-dua, bulan ini Alhamdulillah Allah maha Mendengar dan MAha Pemurah, kami dibantu dengan anugerah APC yang diterima oleh suami. Syukur ya Allah. Nikmat apa lagi yang perlu kami dustakan. Allhuakbar. Dan untuk 3 bulan seterusnya pula, suami bakal menerima elaun tanggung kerja kerana telah dipilih oleh bos untuk menanggung kerja rakan sekerja beliau yang cuti bersalin. Subhanallah. Terlalu indah perancangan-Mu ya Tuhan. Dalam tempoh tersebut, kami perlu berjimat cermat dan merancang kewangan dengan penuh hikmah. Semoga rumah kami juga dapat siap dalam tempoh 3 bulan lagi. Kontrak 2 tahun membina rumah juga sudah cukup pada 29 Julai ni. Makin lambat siap, makin banyak la developer tu kena bayar denda. Kami dah ready gali ilmu untuk dituntut pada pemaju nanti. Semoga kes ini menjadi pengajaran dan teladan buat developer terbabit. Kami tahu mungkin ada masalah antara pemaju dan kontraktor, tapi sepatutnya mereka harus lebih teliti dan faham, jangan hanya pandai menabur janji tapi tidak pandai untuk tepati.
Berikut sedikit gambar yang dapat kami kongsi tentang status terkini rumah tersebut. Sempena hari baik dan bulan mulia ini, semoga Allah berikan kesihatan dan rahmat buat pekerja-pekerja indon tersebut untuk menyiapkan rumah dengan cepat dan baik.
|
Gambar di ambil pada hari sabtu 20/7 yg lepas. |
|
Pekerja indon tgh pasang tile pada kolam |
|
Progress -sudah final stage. Pntu, kipas, tingkap, sinki, mangkuk tandas semua dah siap pasang. Tunggu kolam dan kerja touch-up je sikit lagi. Kami tidak terlalu berharap rumah ni akan siap pada bulan syawal. Kami tawakal dan bersedia sahaja dengan kemungkinan apa sahaja yang berlaku. |
Ulasan