Hari berganti hari, bulan berganti bulan.
Pejam celik tinggal lagi sehari sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan penuh berkat ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, moga-moga umur yang kita lalui sentiasa diberkati Maha Pencipta.
Dikesempatan ini, kami sekeluarga mohon seribu kemaafan kiranya ada salah dan silap terkasar bahasa, terguris bicara. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari kelemahan kami sendiri.
Cerita tentang anak-anak pula. Dua-tiga hari ni perut adik meragam, muntah-muntah dan cirit birit. Semoga adik cepat sembuh dan kembali sihat mcm selalu. Sebelum sakit, adik bukan main lagi berselera makan nasi yang mama masak hari jumaat lepas. Nasi putih dengan sayur lemak bayam jer. Tapi dinihari tu dalam pukul 4-5 pagi adik muntah2 dan habis keluar nasi dan sayur yg dia makan. Sabtu dan ahad adik langsung refuse makan nasi dan makanan lain. Susu pun sikit je adik minum selain air kosong. Walaupun badan kurang sihat, namun adik kekal aktif dan cergas. Main-main macam biasa dengan kakak kesayangannya.
Ya Allah, kumohon pada-Mu kesihatan yang baik untuk anak-anak Ku, jauhilah mereka dari kesakitan dan kemudharatan yang berpanjangan.
Kakak sulung pula, alhamdulillah sihat walafiat macam biasa. Now kakak dan adik dah jadi best friend. banyak kali mama tgk kakak dah pandai tolak ansur dengan adik. Malam time nak tidur mereka selalu bergurau dan main sama-sama. Syukur alhamdulillah. Adik pantang tgk kakak nak mandi, dia pun sibuk tanggal seluar baju nak mandi sama. Seronok sangat tengok keletah mereka.
Dan terbaru, kakak dah kenal semua abjad A to Z (ada 1-2 yang masih confuse) . Alhamdulillah rajin kakak belajar di playschool Khalifah Cilik Ul-Husna tu. Bacaan Al-fatihah kakak masih merangkak lagi. Bila mama baca dia boleh ikut tapi bila sendiri dia masih ingat-ingat lupa.
Note : usia adik 1 tahun 5 bulan dan kakak 3 tahun 3 bulan. cepat sungguh masa berlalu. Rindu zaman mereka masih bayi. rindu bau haruman baby =)
Dua beradik miliki citarasa yang sama.
We love each others so much.
Ulasan