Langkau ke kandungan utama

Tragedi sebelum Ramadan

Semalam. 9 Julai 2013. Sehari menjelang Ramadan bulan penuh kemuliaan.

Dalam tempoh sejam lebih, rumah kami dipecah pencuri. TV LCD 42" kami selamat di bawa pergi. Syukur tiada barang lain lagi yang di ambil. syukur juga pencuri tu masuk time kami anak beranak tiada di rumah. Syukur juga macmini kepunyaan suami tidak ternampak oleh pandangan mereka. Syukur juga laptop dan ipad beberapa hari ni tergerak hati untk letak di pejabat. Syukur ya Allah, walaupun kami kehilangan TV penghibur kami sekeluarga, banyak lagi nikmat lain yang Kau beri. Yakini ada hikmah disebaliknya.

Walaupun pintu rumah, pagar dan grill semua berkunci.. Mereka sangat bijak membukanya. Kami juga sangat yakin sebelum kejadian kami sudah nampak suspek tersebut di depan rumah jiran sebelah umah kami. 2 orang lelaki menaiki kereta Proton BLM sedang meninjau-ninjau rumah sebelah. Dek kerana bersangka baik, kami fikir mereka sedang mencari rumah sewa atau mencari rumah saudara mara. dengan penampilan yang langsung tiada rupa orang pecah rumah. Seorang sudah berusia dalam lingkungan awal 40-an berdiri di luar kereta di depan rumah selang 2 buah dr rumah kami. Manakala seorang lagi kelihatan masih muda awal 20-an menunggu di dalam kereta.

Semalam lebih kurang pukul 1 tengahari, mama pulang ke rumah untuk mengambil abah (yg MC sakit mata) dan bergerak ke pasar, shopping barang basah untuk puasa. Rasanya lelaki 2 orang tu memang tgh usha rumah sebelah kami tapi bila mama sampai di rumah, dan abah keluar dari umah dan siap kunci2 semua pagar , gril, mereka bertambah yakin rumah kami telah kosong dan menukar target rumah untuk dipecahkan ke rumah kami.

Malang tak berbau. Tak sampai 2 jam kami keluar lebih kurang pukul 2.30 kami balik dan tengok pintu rumah terbuka seluas-luasnya. Mula-mula kami tak terkejut lagi sebab ingatkan adik ipar dah balik, tp bila tengok kereta dia xde, terus kami mengucap panjang dan sedar rumah kami kena pecah. Mama sepantan kilat berlari naik keatas dan tengok TV dah xde. Innalillah.. Barang-barang lain masih selamat. Rasanya mereka masuk terburu-buru dan cepat2 keluar sebab takut kami balik cepat. Kabel dan remote TV tak diambil. hanya TV sekeping semata.

Pengajaran buat mama yang sering balik tengahari untuk kemas umah dan lipat baju. Selalu balik rumah kunci pintu je, pagar dan grill xpernah kunci. Syukur ya Allah semasa kejadian, kami tiada di rumah.

Selama 4 tahun menetap disini, kali pertama rumah kami di pecah. Selama ni rasa sangat selamat tinggal dirumah, tapi bila jadi macam ni..hmmmm... Semoga Allah lindungi keluarga kami dari mereka yang berhati jahat. tidak mengapa harta dan barang kami dirampas asalkan kami anak beranak tidak di apa-apakan. Hanya padaMu kami berserah ya Allah.

Buat teman-teman di luar sana, berhati-hatilah. Kadang-kadang kita perlu juga bersagka buruk pada mereka yang kita tak kenal. Kalaulah kami ambil gambar kereta atau no plat sebelum keluar dari rumah, mungkin kami dapat kesan mereka dengan mudah.



Ulasan

ReyhaEphyra berkata…
mujur xdok ore rumoh yat eh.
mamaainamishanis berkata…
tu la benda nak geroh kan ha..beringat la kito belako..bulan2 poso ni koho ramai cari duit lebih nak raya..

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...