Sedikit tips yang ingin dikongsi buat sesiapa yang berminat untuk kekal cergas dan dapat mengurangkan rasa lapar di bulan Ramadhan ini.
Pertama sekali wajib bangun sahur sekurang-kurangkan dengan mengambil kurma dan air suam. InsyaAllah tak rasa lapar di siang hari nanti.
Kedua, waktu berbuka ambil kurma sebiji dan minum air kosong segelas. Selepas tu baru makan nasi/kueh dalam kuantiti sederhana. Jangan makan banyak nanti badan rasa lemau dan cepat mengantuk.
Ketiga cuba elakkan tidur selepas sahur. Buatlah kerja-kerja ringan seperti sidai kain, lipat baju, basuh pinggan mangkuk. InsyaAllah badan akan kekal bertenaga dan tidak lesu di pejabat.
Keempat, ubah mindset kita. Jangan terlalu fikir dan layan perasaan lapar dan letih tersebut. Cuba cari aktiviti yang boleh melenyapkan perasaan tersebut dari singgah di fikiran kita contohnya baca tafsir quran, dengar tazkirah atau keluar shopping cari baju raya...hihi
Kelima, tingkatkan ibadah dan kurangkan juadah. Kurangkan lauk-pauk dan kueh muih selain dapat mengurangkan pembaziran sekaligus mengawal nafsu kita.
InsyaAllah jika konsisten mengamalkan tips tersebut, badan akan terasa lebih ringan dan minda pun akan lebih tajam.. Dengan izin Allah.
# Adakah dapat puasa penuh lagi tahun ini? Jika benar, alhamdulillah. 5 tahun berturut tidak perlu ganti puasa. Bermula mengandungkan kakak, menyusu, mengadungkan adik, menyusu dan ??????...
Allahuakbar. Senyum. Berita belum sahih lagi tapi harapan tetatp ada. :)
Wassalam.
Ulasan