Langkau ke kandungan utama

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita.

Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospital isnin baru-baru ni 18 Jan, appointment dekat PPUM tu, doc yang check mama bagitau kepala kat tepi pulak, melintang, Doc siap suruh buat detail scan dengan sonographer kat Tingkat 1, mmg confirm kepala kat tepi atas belah kanan. Masa tu genap usia kandungan mama 37 minggu. Terus kena tahan masuk wad. Aduhai, sebelum doc panggil bukan main lagi mama duk plan dengan abah, siap nak ajak g IKEA lagi nak cari baby cot. Anak no 4 baru nak cari, sblm2 ni rasa mcm xguna sgt, sekarang anak dah ramai, duk risau kakak2 dia ngenak (kacau), dah kira keperluan pulak kan?..

Happy lagi sebab xtau kena warded, tunggu turn doc panggil.

Aisha tolong rasmi katil mama kat wad. No katil pun sama masa mama pregnant Aisha dulu, no 47 jgk.  Suratan atau kebetulan ? :)

Rasanya xde keperluan pun nak letak jarum ni kat sini, kalau sekadar nak ambik darah 2 bekas, elok xyah letak, susah nak ambil air sembahyang, nak bergerak.. Jarum kat dalam tu panjang tau, dekat sejengkal menyulur dalam urat.. 

Be good sister k syg...jangan kasar-kasar dengan adik baby nanti tau.. main elok2 sama-sama adik beradik.. korang memang suka kan ramai kawan...:)
Tunggu punya tunggu dekat pukul 3 petang baru nurse panggil naik ke wad. Nasib baik tergerak hati mama nak bawa bag baju dengan bag baby siap2 masa abah dah dalam kereta. Kena bermalam dalam hospital lagi. Lepas dah hantar bag dan solat, mama suruh abah balik terus sebelum orang start balik dari pejabat pukul 5 nanti teruk jem nya.
Mama suka sgt feature wall color purple dengan grafik rama-rama dlm wad ni..cantik kan?
Esoknya, doc datang melawat dan check position baby lg. dah berpusing mcm2 posisi dah.. skejap kiri skejap kanan, dan kepala masih belum kebawah lg. Mama terpaksa setuju untuk di belah lagi bila doktor bagitau risiko2 kalau baby terus melintang mcm ni sebab dah cukup bulan, 37 minggu. Lepas setuju doc bgtau akan cari tarikh untuk masuk bilik OT dan bagitau mama kemudian.

Tengahari tu doc datang lagi dan bagitau mama tarikh utk mama dibelah, 27 Jan nanti, tapi 26 mama dah kena masuk wad. Biasa kena puasa dulu sebelum masuk bilik OT beberapa jam. Oleh sebab tarikh tu seminggu lagi, mama mintak dengan doc untuk balik ke rumah dulu. Lama sangat seminggu dalam wad tanpa rasa sakit, dan of cos asyik teringat anak-anak mama yang lain dan kerja2 rumah yang tak habis-habis.. Kesian kat abah uruskan tiga orang princess tu kat rumah.. Alhamdulillah doc lepaskan mama untuk balik rumah, lepas bagi pesanan dan bagitau risiko kalau sakit/ atau turun tanda-tanda kat rumah. Alhamdulillah terus mama call bgtau abah suruh datang ambil petang tu juga.

Lebih kurang pukul 5 lebih abah sampai dengan anak-anak bertiga tu.. Riuh rendah bising wad bila dorg smpi.. macam-macam mama kena soal.. kakak dah tanya mana baby, ingatkan baby dan keluar.. aisha xbrenti2 panggil "mama-mama".. Alhamdulillah hidup mama kembali huru hara bila tgk mereka bertiga... hahahhaha..duk dalam wad sorg2 rasa boring lah sgt.. :)

Mama mohon doa dari kawan-kawan kalau ada yang membaca coretan mama ni untuk doakan semoga baby kembali berpusing elok2 kepala kat bawah. saat mama menaip ni pun, check up semalam misi bagitau kepala dah elok terletak kat bawah. Harap-harap kekal lah kat bawah tu smpi hari mama kena masuk wad lagi minggu depan. Mohon kalini mama terlepas juga dari dibelah, dapat bersalin normal macam Aisha dulu juga, mama selalu bagi tau doc yang datang tu saya nak anak ramai, kalau boleh memang nak elak dari kena ceasar.. Moga dipermudahkan urusan mama dan ibu-ibu mengandung yang lain juga. Insya Allah. Next entry mama akan share teknik2 dan doa yang mama amalkan untuk kembalikan bayi yang songsang dan melintang ke kedudukan asal. 

Assalamualaikum..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...