Ramadhan terindah !!
Ramadhan kali ini tahun pertama puasa sejak 4 tahun yang lepas tanpa mengambil sebarang supplimen. Sebelum ni 3 tahun berturut menjelang puasa saya akan pastikan stok suppliment wajib ada untuk energy booster. Alhamdulillah kali ni cuba untuk tidak terlalu bergantung pada suppliment dan membuat ujikaji pada badan sendiri tahap ketahanan fizikal tanpa sebarang bantuan tambahan. Cuba mengubah mindset dan kekal sihat dengan berpuasa dan mengamalkan makanan sunnah. Alhamdulilah setakat hari ini 14 hari berpuasa, kesan masih positif. Mampu menyiapkan makanan berbuka, menguruskan anak-anak, tidak tidur selepas sahur, dan buat kerja tambahan di malam hari dengan menyiapkan makanan kepada pelajar2 kolej untuk bersahur.
Alhamdulillah syukur ya Allah, walaupun pada awal puasa badan sedikit lemah kerana batuk dan selsema, tapi masih gagah berdiri, bekerja dan memasak untuk keluarga.
Namun ada juga bezanya walaupun masih mampu uruskan semua benda. Paling ketara sekali ialah kulit yang ternyata sangat kering dak tak berapa cantik. Jika dibandingkan ketika mengambil makanan tambahan, memang ketara kesannya. Ditambah pula jari kanan yang alergik dengan 'dishwash'. Terpaksa bersarung tangan membasuh pinggan mangkuk. Lebih 2 minggu macam-macam krim sudah disapu tapi masih tak nampak kesan pun lagi. tidak mengapalah.... redha saje... Agaknye tangan ni penat kot mintak berehat. Apakan daya, tuntutan kerja seorang isteri dan ibu melebihi keperluan untuk berehat. =)
Energy booster saat bulan puasa ini adalah mereka berdua. Puteri-Puteri tercinta... melihat mereka bermain, tersenyum dan ketawa menambah tenaga dan aura positif dalam jiwa. Manis sungguh senyuman dan ketawamu sayang.
Melihat mereka membesar didepan mata hadiah terindah buat kami. sumber insprirasi untuk memasak dan makan di rumah juga adalah mereka. Anak-anak yang memang sangat sukakan makanan dan kuat makan. Alhamdulillah.
Syukur juga banyak berita gembira kami terima dibulan mulia ini. Ujian kecil yang kami terima sehari sebelum ramadan dan rezeki-rezeki yang kami terima selepas itu adalah tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Setiap yang berlaku pastu ada hikmah-Nya. Alhamdulillah.

Qurratu'ayun kami. Jadilah kalian anak-anak yang solehah. Taat perintah agama dan hormat pada orang tua. |
Your face release our stress and joyful.. |
Semoga kasih sayang ini dan keakraban kekal hingga ke Jannah. |

Ulasan