Langkau ke kandungan utama

Penglihatan dan pemakanan

Si MANJA anda akan melihat dan belajar sepanjang hayatnya. Tetapi tahukah anda bahawa si manja anda perlu belajar untuk melihat? Sebagai ibu bapa, banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu perkembangan penglihatan si manja.

Pertama sekali, penjagaan dan pemakanan semasa mengandung boleh membantu menjamin penglihatan yang baik sebelum si manja lahir.

"Penglihatan bukan semata-mata keupayaan untuk melihat dengan jelas. Penglihatan melibatkan koordinasi mata-ke-otak, iaitu keupayaan otak untuk memproses apa yang dilihat oleh mata dan memahami maknanya.

Penglihatan adalah satu proses yang kompleks, membabitkan fungsi mata, fungsi neurootot, dan juga koordinasi mata dengan otak. Sejak dari saat bayi lahir, penglihatan memainan proses penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan prestasi harian. Kajian umumnya mendapati 80 peratus daripada pengetahuan kanak-kanak sepanjang 12 tahun pertama diperoleh menerusi penglihatan,拻 kata Pakar Ortoptik, K.C. Chu.

Menurut Chu, pemberian makanan yang berkhasiat sejak si manja kecil adalah permulaan yang baik untuk penglihatan dan seterusnya pembelajaran. Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak memerlukan nutrien yang membantu menyokong keperluan otak yang semakin meningkat untuk memproses maklumat yang diperolehi daripada penglihatan. Oleh itu, mereka perlu pemakanan yang betul bagi menjamin fungsi ini.

Otak dan retina dalam mata sebahagian besarnya terbentuk daripada asid lemak. Sebahagian besar otak terbentuk daripada asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA). DHA adalah rangkaian asid lemak poli tidak tepu Omega-3 yang merupakan blok binaan penting untuk otak dan retina. Sebagai lemak paling banyak dalam otak, DHA penting untuk fungsi otak dan mata,拻 kata Chu.

Difahamkan, semasa trimester akhir kehamilan dan beberapa bulan selepas kelahiran, keperluan DHA dan AA otak dan retina bayi meningkat secara mendadak. DHA dan AA dianggap asid lemak penting (EFA) kerana kedua-dua asid lemak ini tidak boleh disintesiskan dan mesti dibekalkan menerusi pemakanan.

Tahap optimum DHA, AA, asid linolenik, Taurina, Kolina dan nutrien penting lain memainkan peranan tertentu dalam perkembangan koordinasi mata-ke-otak di kalangan kanak-kanak. Taurina, sejenis asid amino, adalah blok binaan protein yang banyak terdapat dalam bahagian tertentu sistem saraf, terutama sekali retina (mata), serebrum, ****ks visual dan bahagian lain otak. Sebaliknya, kolina adalah sebatian yang diklasifikasikan dengan Vitamin B kompleks, pelopor kepada asetilkolina, dan salah satu bahan kimia otak yang penting untuk daya ingatan.

Vitamin juga memainkan peranan penting dalam perkembangan penglihatan. Sebagai sebahagian daripada pengambilan pemakanan harian si manja, Vitamin A membantu menjamin dan mengekalkan penglihatan yang baik, sambil menjaga kesihatan rambut dan kulit. Susu yang diperkuat, ikan dan minyak ikan, lobak merah dan buah-buahan serta sayur-sayuran kuning kaya dengan Vitamin A.

Satu lagi Vitamin yang baik untuk meningkatkan penglibatan ialah Vitamin yang dinamakan B2. Vitamin B2 juga dikenali sebagai Riboflavin. Ia diperlukan untuk kesihatan kulit dan mata. Vitamin B2 boleh didapati dalam makanan seperti sayur-sayuran hijau, ayam dan itik, ikan, hati, keju dan susu.

Niasin atau asid nikotinik adalah vitamin yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tisu. Ini kerana tanpa Niasin, Riboflavin tidak boleh berfungsi dengan betul. Niasin boleh didapati dalam hati, yis, daging tanpa lemak, bijirin penuh dan roti serta bijirin yang diperkaya.

Menurut Chu, asuhan yang betul juga sama penting untuk merangsangkan proses penglihatan. Pembelajaran si manja tidak seharusnya dihadkan kepada buku-buku dan bilik darjah, kerana penerokaan alam semula jadi dengan membawa si manja bersiar-siar di taman adalah cara yang baik untuk memaksimumkan potensi pembelajarannya.

Pemerhatian dan pengalaman sebenar membolehkan anda menghayati dan menyelami keindahan persekitaran kita setiap hari. Penerokaan alam semula jadi bukan sahaja menyeronokkan dan menjadi kenangan manis tetapi juga membolehkan otak geliga si manja anda menimba pengetahuan.

Alam semula jadi lazimnya merangsangkan perasaan kagum dan ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan ini menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat,拻 tambah Chu.

* Rencana ini disumbangkan oleh Abbott Nutrition Malaysia, sebagai sebahagian daripada Kempen 慓ain Eye-Q Learning Through Discovery�

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...