Hari ni mama nak share tips cara-cara untuk sentiasa gembira, hepi go lucky org kata.. Tips ni mama jumpe time baca email lama yang berzaman xbuka..ntah sape yg antar mama pun xkenal, ahli yahoogroup yang xtau bila masa mama join, tgk2 berlambak email dlm inbox dr group tu..
Tips ni bagus untuk dipraktiskan, always be happy pun salah satu cara untuk kelihatan awet muda, dan insyaAllah rezeki pun mudah masuk kan?? Berikut 7 cara yang diberikan:~
Tips ni bagus untuk dipraktiskan, always be happy pun salah satu cara untuk kelihatan awet muda, dan insyaAllah rezeki pun mudah masuk kan?? Berikut 7 cara yang diberikan:~
Pertama, jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos maupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat `api dalam sekam,` yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan.
Kedua, jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Dont worry be happy!
Ketiga, hidup secara sedarhana adalah tuntutan agama kita. Kesedarhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekuang-kurangnnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sedarhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.
Keempat, jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.
Kelima, banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan Allah.
Keenam, sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membautkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkpakan penampilan anda dengan senyuman…
Ketujuh, perlu ada kawan rapat seperti saya. Ooop maksudnya, bukan saya tapi REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan… Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya kabar dan menghabiskan hujung minggu bersamasama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang diketogerikan sebagai `good friend`.~Petikan Dari Majalah Remaja 2009 ~
Ulasan