Salam w.b.t.
Pagi ni mama review n google semula tanda-tanda nak bersalin untuk memudahkan mama baca dan check balik bila tiba masanya nanti.. memang setiap individu berbeza tandanya dengan individu yang lain..Juga berbeza bagi anak pertama, ke-dua dan seterusnya.. Apepun mama doakan semoga kelahiran kali ini dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa dan selamat semuanya.. Semoga dapat bersalin normal dengan mudah juga, time aina dlu da merasa induce + emergency ceasar.. Besar harapan untuk merasa normal tanpa ubat induce kali ni..nak rasa sakit yang natural pula..moga2 diperkenan..kita hanya mampu merancang, yang terbaik Allah jua yang tentukan..Apapun mama redha dan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada.. Berikut tanda-tanda bersalin yang mama google dari blog ini.
Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
Pecah air ketuban
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
- Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
Ulasan