Sejak lahinya bayi ke dunia ini, bayi mula berkomunikasi baik dengan ibunya atau perekitarannya. Bayi yang mula memahami bahasa emosi, kemudian bahasa sosialnya mula berkembang dari hairi ke hari. Bahasa emosi ataupun perasaan lebih dominan di awal kelahiran kerana bayi masih belum beupaya mewujudkan bahasa sosial untuk bekomunikasi. Malah, ketika bayi masih di awal kelahiran..., bayi memerlukan sentuhan, belaian dan kasih sayang seorang ibu. Itulah keperluan dan kehendaknya yang dominan di awal kelahirannya.
Ketika penglihatan bayi mula terang dan berkembang baik, bayi mula berkomunikasi dengan bahasa sosial yang dipelajari daripada persekitarannya. Daripada bahasa tangisan, bayi mula membentu bahasa yang lebih jelas. Daipada sebutan “uwaa” kepada sebutan “neh neh neh” dan sebagainya. Pekembangan ini sudah tentu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hati seorang ibu.
Ketika bayi mula menunjukkan tanda-tanda ingin menangis, cuba perhatikan dan dengar dengan baik bunyi tangisannya. Pada kebiasaannya, ibu atau penjaga dapat mengenalpasti bunyi tangisan bayi ini samada letih, lapar, tidak selesa atau sakit. Tangisan yang keras, biasanya menunjukkan bayi tersebut dalam kesakitan. Mungkin sakit perut atau digigit serangga. Tangisan yang meleret-leret biasanya menandakan bayi keletihan dan mungkin juga lapar. Apabila ibu atau penjaga mampu mengenalpasti dengan baik bahasa bayi ketika ini, keperluan atau kehendak bayi berjaya dipenuhi dengan baik juga. Hal ini sekaligus memberikan keselesaan kepada bayi dan ketenangan kepada ibunya.
Bayi yang dibiarkan menangis dalam jangka waktu yang lama kemudian barulah si ibu atau penjaga mula memenuhi keperluannya, akan membina satu kesan negatif dalam diri bayi. Bayi akan mula terasa keadaan yang tidak selamat walaupun ketika ibunya ada di sekitarnya. Oleh sebab itu, ada bayi yang pantang diletakkan di bawah, pasti meraung ingin dipeluk dan di dukung. Jika hal ini berlaku, penuhilah kepeluan dan kehendak bayi agar dirinya terasa tenang dan selamat ketika ibunya berada di sekitarnya.
Itulah kepentingan memahami bahasa bayi, agar keperluan dan kehendaknya dipenuhi serta merta. Malah, hal ini mampu menyenangkan ibunya pada masa hadapan. Ketika bayi terasa selamat, bayi akan lebih pesat bekembang dan lebih suka bermain sendirian.

Sumber dari facebook persatuan ibu-ibu comel mengandung...;)
Ulasan