10 hari terakhir ramadhan. Mood memasak sudah tercampak ke sungai.. Bermula semalam, langsung tiada idea dan selera untuk makan masakan sendiri. Cabaran memasak untuk berbuka selama 20 hari sudah berjaya. Another 10 days menghitung hari untuk berbuka di kampung halaman pula. Tak sabar nak balik kampung berbuka dengan keluarga ramai-ramai. Last memasak hari sabtu 27 Julai 2013. Menu special Nasi bariani arab sebab nak jamu adik-adik dan kakak di rumah berbuka sama-sama. Menu simple, nasi je special..hehe.. Alhamdulilah rasa nasi enak sekali. Next time boleh buat lagi. Berbaki lagi 2-3 hari ni rasa nak beli kat gerai depan pejabat ni je, lauk berkuah. Sampai rumah buat menu goreng2 dengan sayur je. Sahur pula goreng nasi atau buat sardin saje. Lidah pula macam dah xboleh masuk makanan bersantan, lemak-lemak. Teringin nak yang masam-masam, sup, tomyam jer.. ;( Sempena 10 malam terakhir juga, semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar. Malam yang lebi...