Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update rumah

Alkisahnya..setelah sekian lama cerita tentang rumah kami diamkan. Diam itu lebih baik kan dari kami bising-bising dan kutuk2 developer yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai tepati. Memang kami sedikit frust. Sebab apa yang berlaku di luar kemampuan kami. Kami rancang untuk masuk rumah baru seawal bulan lepas. Potongan pinjaman perumahan kami bermula pada gaji bulan Jun lagi. bayangkan kami terpaksa bayar 2 buah rumah tanpa sebarang 'side income'. Developer mula berjanji pada kami akan menyiapkan rumah dan menyerahkan kunci seawal bulan april lagi, kemudian bulan mei dan sekarang kami sendiri sudah jemu berharap dah serahkan semuaNya kepada Allah s.w.t. Semoga ada jalan keluar untuk masalah kewangan kami. Potongan bulan pertama, bermula bulan June, kami tiada sebarang rancangan tambahan, kami redah saje dan terpaksa menggali wang tabungan yang disimpan khas untuk persediaan masuk rumah baru. Kami keluarkan sedikit untuk meringankan beban kewangan kami. Bulan ke-dua, bula

School trip

Playschool Khalifah cilik UL-Husna Fieldtrip to Domino'Pizza, Planetarium, Chocolate Muzium and Pusat Sains Negara 25 April 2013 Kakak yang berani dan berdikari.. Well done my dear. Seronok dia tgk alat-alat sains kat Pusat Sains Negara 4 orang kanak-kanak seusia kakak yang join trip ni, the rest semua pelajar tadika smart soleh 5-6 y.

Menu berbuka - week 2

Alhamdulillah masuk hari ke-7 dan genap sudah seminggu kita berpuasa hari ni. Menu minggu pertama yang dirancang sebelum ni berjaya dilaksana, cuma ada la bertukar-tukar hari ikut mood nak makan dan mood nak masak pada hari tersebut.. Hari ni pun dalam plan nak masak sardin tapi sebab lupa nak beli sardin, dan lidah ni macam terliur sangat nak makan singgang daging, so insyaAllah singgang daging bakal terhidang untuk menu berbuka nanti. =) Next kita teruskan rancangan untuk menu minggu ke-2 pula. Hari ke 8 - sup ayam, sayur soy pak choi goreng dan ayam goreng kunyit. Hari ke 9 - daging kicap, telur dadar dengan sayur campur. Hari ke 10 - tomyam campur, kailan goreng, ikan sardin goreng. Hari ke 11 - gulai ayam, kangkung goreng belacan, daging goreng Hari ke 12 - singgang daging, kerabu jantung pisang, ayam goreng rempah Hari ke 13 -  masak pedas ikan tongkol rebus, sayur air dan udang goreng Hari ke 14 - ayam percik, kari ketam, bayam goreng Done ! kita tengok

Menu berbuka - week 1

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah semalam berjaya puasa dan siapkan menu berbuka untuk suami dan anak-anak walaupun diserang sakit batuk selsema. Selsema kali ni agak teruk juga. hidung tersumbat dan hilang deria rasa. Masak main agak2 macam biasa dan bila dah berbuka masih xdapat rasa juga lauk tu masin/tawar.. terpaksa la tnye cik suami ok ke tidak.. tapi macam biasa la cik abang selalu ok jer manjang..hihi Cerita pasal menu, hari ni suka sangat nak kongsi menu yang sudah di rangka dalam kepala untuk juadah berbuka puasa minggu ni. Kurma wajib sentiasa ada atas meja ok. SAHUR - Sehari sebelum puasa dan sekali la juadah untuk sahur, kami sediakan sup tulang, telur dadar, ayam goreng dan ulam salad cicah budu letak tempoyak dan asam limau nipis. terangkat kami makan..hehe..minuman milo panas. Hari pertama - juadah berbuka hari pertama puasa kami masak nasi putih bersama kari ikan kembung, ayam goreng, ikan selayang bakar, sayur campur dan paling penting budu tempoyak makan

Tragedi sebelum Ramadan

Semalam. 9 Julai 2013. Sehari menjelang Ramadan bulan penuh kemuliaan. Dalam tempoh sejam lebih, rumah kami dipecah pencuri. TV LCD 42" kami selamat di bawa pergi. Syukur tiada barang lain lagi yang di ambil. syukur juga pencuri tu masuk time kami anak beranak tiada di rumah. Syukur juga macmini kepunyaan suami tidak ternampak oleh pandangan mereka. Syukur juga laptop dan ipad beberapa hari ni tergerak hati untk letak di pejabat. Syukur ya Allah, walaupun kami kehilangan TV penghibur kami sekeluarga, banyak lagi nikmat lain yang Kau beri. Yakini ada hikmah disebaliknya. Walaupun pintu rumah, pagar dan grill semua berkunci.. Mereka sangat bijak membukanya. Kami juga sangat yakin sebelum kejadian kami sudah nampak suspek tersebut di depan rumah jiran sebelah umah kami. 2 orang lelaki menaiki kereta Proton BLM sedang meninjau-ninjau rumah sebelah. Dek kerana bersangka baik, kami fikir mereka sedang mencari rumah sewa atau mencari rumah saudara mara. dengan penampilan yang langsun

Ahlan Wasahla ya Ramadhan

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Pejam celik tinggal lagi sehari sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan penuh berkat ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, moga-moga umur yang kita lalui sentiasa diberkati Maha Pencipta. Dikesempatan ini, kami sekeluarga mohon seribu kemaafan kiranya ada salah dan silap terkasar bahasa, terguris bicara. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari kelemahan kami sendiri. Cerita tentang anak-anak pula. Dua-tiga hari ni perut adik meragam, muntah-muntah dan cirit birit. Semoga adik cepat sembuh dan kembali sihat mcm selalu. Sebelum sakit, adik bukan main lagi berselera makan nasi yang mama masak hari jumaat lepas. Nasi putih dengan sayur lemak bayam jer. Tapi dinihari tu dalam pukul 4-5 pagi adik muntah2 dan habis keluar nasi dan sayur yg dia makan. Sabtu dan ahad adik langsung refuse makan nasi dan makanan lain. Susu pun sikit je adik minum selain air kosong. Walaupun badan kurang sihat, namun adik kekal akt

Madu Minda Cergas

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni tuan tanah nak share dan promote skit pasal Madu Minda Cergas ni. Alhamdulillah setelah mengamalkannya walaupun baru sebotol, memang terbukti kebaikannya dengan izin Allah s.w.t.. Sememangnya madu adalah amalan sunnah Rasulullah s.a.w.  Dengan botol yang sangat menarik, senang dibawa boleh diletak dalam handbag, mudah diguna cuma picit sahaja terus kedalam mulut. amalkan 2 kali sehari, pagi setelah bangun tidur dan malam sebelum tidur, InsyaAllah kita akan mendapat kesihatan yang optimum. Dengan botol yang kecil comel ni jika digunakan secara teratur, boleh bertahan sehingga 2-3 bulan. Sangat jimat kan?  cubalah, rasa sekali pasti nak berkali-kali.. Bagi yang ada anak kecil dalam lingkungan setahun keatas yang sering mengalami batuk berkahak juga amat sesuai. Alhamdulillah, adik aimi yang kerap juga batuk berkahak sebelum ni, selepas diberi madu minda ni, selang beberapa minit, dia akan muntah dan segala kahak-kahak akan keluar dari b

cuti-cuti malaysia part II

24 Mei 2013 Cuti hari wesak dan bermulanya cuti sekolah, kakak ipar dan mak mertua pula datang ke rumah kami pada Khamis malam. Jumaat pagi-pagi tu terus bertolak ke Port Dickson. Kakak ipar yang ajak kebetulan kawan baik dia kahwin di senawang. So masuk package sekali singgah bercuti di Western Prima In Land ( nama lamanya Tiara Beach Resort) . Baru awal tahun hari tu datang sini.. ok la percutian budget dan menarik kan.. =) Adik gelak sakan, dapat makan nasi kukus ayam panggang cowboy.. Baby zikry steady jek.. excited betul budak2 ni dapat main air..padahal hujan renyai2 ni.. lasak tapi Alhamdulillah balik umah xkena demam teruk..adik demam skit xsampi sehari dah kebah..Alhamdulillah

cuti-cuti malaysia part I

CUTI 1 :18-19-20 Mei 2013  Kami sekeluarga selamat bercuti di Gambang Resort City. Plan asalnya nak stay 1 malam je 19-20 sebab mama beli groupon awal tahun hari tu dan dekat2 nak expired baru kalut2 nak cari tarikh sesuai nak pergi. Kebetulan pulak abe long n family pun ada program kat sana pada 18hb, dorg pun suruh kami join sekali tumpang bilik dorg kat sana 1 mlm. Alhamdulillah boleh la rehat2 lama skit..hehe Pertama kali datang ke sini, 3 tahun lepas. Masa tu mama dengan abah dua-dua kena join conference. Kakak aina pulak masa tu baru 3 bulan lebih. Adik ipar ada kat rumah, so kami bawa la sekali untuk tgk2 kan aina semasa dalam kursus. Now dapat pergi lagi sekali memang excited la sebab kakak dan adik dah besar, mereka pun excited sangat dapat main air. seronok tgk dorg happy.. =) Gambar pun xbyk sgt dapat snap. Boleh la share sikit kat sini. Kami stay dekat hotel baru, kolam dia cantik sgt2.. dengan pasir yang memutih. Bukan anak je happy, mak bapak pun excited sekali..

Muhasabah

30 April 2013. Lebih kurang jam 4.15 petang. Sekali lagi kuda hitam kami yang baru setahun jagung usianya dilanggar orang. Untuk ke-dua kalinya. Dulu di bumper belakang sebelah kiri. Kini bumper belakang juga tapi belah kanan. Dalam hujan renyai-renyai, jalan jem, kereta yang tidak bergerak, tiba-tiba kereta kami bergegar beserta bunyi yang agak mengejutkan. SubhanaAllah, kami ingatkan kereta yang langgar, rupanya motor kapcai. india. masih muda kata suami. Kereta kami boleh tahan juga remuknya, agak dalam. Suami denga serta merta bergegas keluar dari kereta dan melihat keadaan di luar dgn hujan-hujan. Budak india tu jatuh, tgh2 hujan tu dia menyelit2 di celah kereta dan brek pula xmakan dan motornya jatuh tergolek dibelakang kereta kami. Kemek dan pecah sedikit. Nasib baik juga budak india tu xcedera. Suami tanyakan nak settle macam mana, budak india tu jawab xde duit, ada RM5 je dlm poket. Ya Allah mula-mula tu memang panas juga, geram, sakit hati. Tapi bila mengenangkan dia hanya

Birthday celeb' at school - Aina

   

school activities

   Buat milo sendiri ok..hehe..pandai anak mama ni..  Playing origami sama kawan-kawan..seronokkk!!  Origami lagi tapi asal muka mencuka pulak kakak?     "Aktiviti yang paling-paling best yang saya suka ialah baking!!! yeayyyyy!!" - aina farisah

Aina 1st Trip

As-salam.. Pagi tadi tepat pukul 7.30, mama dan abah bergegas;hantar kakak ke skolah. Hari ni sekolah kakak ada buat lawatan ke muzium coklat, domino piza, planetarium dan pusat sains negara. Baru 3 tahun dah ikut lawatan sekolah. budak zaman skarang. Mulanya mama xberani nak bagi di join, tapi lepas dimaklumkan hanya 4 orang je pelajar yang seusia aina yang ikut, bersama seorang teacher, serta budak2 tadika smart soleh dan guru2 tadika yang lain, kami benarkan beserta dengan sedikit bayaran tambahan untuk makan dan insuran. Mama harap kakak happy dan dengar cakap ibu dan teacher lain disana ya..

Adik kakak together

Cepatnya masa berlalu..dua-dua pun dah besar.. adik dah pandai berlari, dah xmau didukung lagi..banyak benda nak buat sendiri.. Kakak pun semakin berdikari.. Bila anak-anak dah besar begini mula la teringin nak tambah lagi.. ada rezeki kami terima dengan berbesar hati... menanti boboy pula dalam famili... Next year kami usaha lagi..  =) Adik menjerit lemas dipeluk oleh kakak yang chubby..hehehe.. Tgu la adik besar skit lagi kakak plak lemas kena peluk ngan adik..hihihi.. Gambar lama dua beradik tengah tunggu nak facetime ngan abah.. Gambar blur pun nak letak juga masing2 xduduk diam..makin besar ni lagi susah nak amik gambar sama-sama..adik kemain lagi aktif xleh duk diam..kakak da besar ni makin pemalu bila mama nak amik gambar je dia lari..hahahaha

School kakak

Assalamualaikum.. Ptg ni tiba2 teringat kat kakak sorg tu. Hari jumaat biasanya aktiviti dia kat school main masak2 buat kek.. Dah 2 kali kakak miss dan terlepas aktiviti buat kek ni sebab cuti. Mama tau pun sebab tgk update fb school dia letak gambar kawan2 pakai apron, kacau tepung kek, blender gula.. Alahai ruginya kakak terlepas favourite aktiviti dia.. Patut la kat rumah time mama duk kat dapur sibuk je nak tolong, mintk but kek la, donat la.. Ni mama nak share jadual harian kakak kat school.. Alhamdulillah anak mama seronok belajar dan main dengan kawan2 kat sana.. Last week sehari sblm birthday kakak yg ke-3 tahun, sekolah dia juga buat sambutan hari jadi ramai-ramai yang birthdaynya jatuh pada bulan januari hingga mac.. Setiap tahun mereka akan buat 4 kali sambutan birthday, selng 3 bulan sekali. Maka sebab tu juga lah mama pun tidak la membuat apa2 sambutan hari jadi buat kakak di school.. Kebetulan pula minggu birthday kakak tu kami bz sgt, sambutan biirthday dr owner sc