30 April 2013. Lebih kurang jam 4.15 petang.
Sekali lagi kuda hitam kami yang baru setahun jagung usianya dilanggar orang. Untuk ke-dua kalinya. Dulu di bumper belakang sebelah kiri. Kini bumper belakang juga tapi belah kanan. Dalam hujan renyai-renyai, jalan jem, kereta yang tidak bergerak, tiba-tiba kereta kami bergegar beserta bunyi yang agak mengejutkan. SubhanaAllah, kami ingatkan kereta yang langgar, rupanya motor kapcai. india. masih muda kata suami. Kereta kami boleh tahan juga remuknya, agak dalam. Suami denga serta merta bergegas keluar dari kereta dan melihat keadaan di luar dgn hujan-hujan. Budak india tu jatuh, tgh2 hujan tu dia menyelit2 di celah kereta dan brek pula xmakan dan motornya jatuh tergolek dibelakang kereta kami. Kemek dan pecah sedikit. Nasib baik juga budak india tu xcedera. Suami tanyakan nak settle macam mana, budak india tu jawab xde duit, ada RM5 je dlm poket. Ya Allah mula-mula tu memang panas juga, geram, sakit hati. Tapi bila mengenangkan dia hanya menunggang motor, dengan keadaan yang hujan. Kami istigfar banyak-banyak.Cuba berfikir dengan waras. Dan mama cadangakan pada suami cuma mintak nombor talofon budak tu. Minta budak india tersebut hubungi nombor suami. Kerana cuaca yang tidak mengizinkan untuk kami berhenti lama di tengah2 jalan yang sesak, hujan lagi, dan kami pula on da way untuk balik kampung, perjalanan yang masih jauh lagi 8 jam. Kami cuma suruh dia miss call sahaja untuk dapatkan nombor dan hubungi jika ada apa-apa.
Suami kembali ke kereta dan mulakan perjalanan kami kembali ke kampung. Saat itu cuma istigfar je mampu kami ucapkan dan berdoa moga-moga tiada lagi musibah besar menimpa kami sekeluarga. Ya, agak terkilan dan sedih juga. Tapi bila kami muhasabah balik dan berfikir positif, insyaAllah banyak hikmahnya. Allah bagi ujian kecil untuk kami bersabar. Apalah sangat nilai kereta dengan nyawa kami anak beranak. Allah masih sayangkan kami. Sedikit teguran untuk kami supaya tidak mudah lalai dan tidak lupa bersyukur. Dalam musibah kami panjatkan kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia. Lagipun suami juga hari-hari pergi kerja ulang alik bawa motor, so kami juga sangat faham situasi penunggang motor tersebut.
Sampai sahaja di kampung, kami asyik memikirkan kos untuk betulkan balik bumper. Nak minta claim dengan budak india tu memang tiada harapan la. Selepas seminggu di kampung dan sekembalinya kami ke sini, suami survey dulu kos untuk repair bumper di servis centre. Pekerja dia siap bagi quotation bagai, dengan kos yang memang xmasuk akal nak cecah riban2.. maka kami memutuskan untuk baiki di workshop biasa saje.
Alhamdulillah hari yang sama juga suami bawa kereta ke bengkel melayu di TTDi, dan tanyakan kosnya berapa. Mereka cuma minta RM30 sahaja. Senyum. =)
Kali pertama di langgar dahulu pun, percuma sahaja kami betulkan bumper di service centre, sebelah bengkel melayu ini. SubhanaAllah..
Allah menguji kami dengan sedikit kesusahan tetapi bila dikenang keriangan dan kegembiraan yang diberikan tidak terhitung dek akal fikiran (*Prof. MKI). terlalu banyak.
Alhamdulillah. Kami bersyukur.

Ulasan