Langkau ke kandungan utama

Rahsia Cergas di Bulan Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum semua. Pejam celik hari ini dah masuk hari ke-empat kita berpuasa. Nak tahu apa rahsia mama anak empat ni kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa ni?


Yang pertama sekali, mind set kita kena betul, positif, yakin boleh tu paling penting. Mama kena yakin mama mampu berpuasa ketika bekerja, sambil uruskan hal anak-anak dan rumahtangga. Tapi yang urus rumahtangga tu buat yang wajib je dulu, contoh masak untuk berbuka dan sahur dgn basuh baju, dan urus anak-anak.. Yang lain-lain kemas rumah, cuci mop lantai tu boleh la buat time weekend atau time malam lepas berbuka. Tapi mama memang tak sempat, balik kerja cepat-cepat masuk dapur sedia bahan nak masak. Lepas berbuka dan solat magrib ialah masa untuk bersama anak-anak. Kalau ada terajin sikit boleh la mama lipat baju, vakum2 sikit sambil main-main dengan mereka berempat tu. Biasa bulan puasa ni pukul 9 ke 10 malam, mama dah paksa semua anak-anak tidur. Kalau tak meleret lah sampi pukul 11-12 malam pun tak tidur lagi terutama sekali yang kecil tu, makin besar ni makin payah nak tidurkan dia. 

Alkisahnya, hari ke-dua berpuasa, hari ahad tu, mama terlepas sahur, sebab malam tu si adik dua kali bangun merengek-rengek pampers basah dan nak susu. Mama pun dengan mengantuknya terlelap sampai jam berbunyi pukul 4.30 pagi langsung tak sedar. Sedar sendiri jam 6.00 pagi dah azan subuh. Nasib baik time bangun pukul 2 pagi tukar pampers adik tu mama dah minum segelas air suam dan tergerak hati nak makan VITAMIN C dan B COMPLEX SHAKLEE. Alhamdulillah pagi tu mama kurang rasa penat sangat walaupun tak bangun sahur. Dengan berbekalkan vitamin yang mama ambil pukul 2.00 pagi tu, mama semangat nak ajak abah keluar beli barang. Dah selesai uruskan anak-anak, mandikan dan suapkan makan adik dan aisha, kami keluar ke butik Fabulous Mom di Seksyen 7 Shah Alam untuk beli barang mama sikit, lepas tu ke kedai jual kurma segar di Seksyen 3 (sebab kat rumah tak ada stok kurma lagi untuk puasa) dan sebelum balik tu mama ajak pula abah singgah di Tesco Setia Alam. Alhamdulillah masa kat tesco tu mama rasa kuat lagi. Dah siap beli barang, kami balik cepat-cepat sebab nak masak untuk berbuka . Dalam perjalanan balik tu mama baru rasa penat. Duk berkira-kira larat ke tak nak masak. Tapi sebab dah plan awal haritu nak masak tomyam sotong, pucuk paku goreng kicap dengan ayam goreng kunyit, mama gagahkan juga la dengan pertolongan abah. Dah pesan kat abah mama tak larat, mama minta tolong dia, gilir-gilir masak, abah masak nasi dan sediakan bahan nak masak, mama masak lauk dan kuih. Sempat la buat sira pisang untuk pencuci mulut. Time berbuka tu rasa berat sangat kaki nak berjalan, bangun duduk pun rasa nak pitam, nak jatuh. Yer la tak bangun sahur tapi semangat juga nak keluar berjalan kan. Alhamdulillah lepas dah berbuka, solat magrib, mama kembali segar dan bertenaga. :)


Nak cuba produk Shaklee macam mama ambil tu? Boleh order terus di link berikut---> ORDER SHAKLEE


Ulasan

shidah berkata…
comel.4-4 masuk gambar.
mamaainamishanis berkata…
hehe payah tu nak ambik gambar empat-empat sekali.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...