Langkau ke kandungan utama

FAMILY PLANNING

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum semua. Petang tadi lepas solat zohor kat surau terlintas di hati mama nak share pasal benda ni.. Family planning -perancangan keluarga. Cuma sekadar nak share pengalaman dan nasihat yang mama terima dari bidan dan orang-orang lama. Ramai juga kawan-kawan dan sedara mama yang merancang keluarga dengan mengambil ubat-ubatan  dan alat seperti yang di nasihatkan oleh nurse-nurse kat Klinik Kesihatan. So far sampai ke hari ni mama masih belum start ambil sebarang ubat-ubatan untuk Family Planning ni. Dari lepas bersalin anak pertama lagi duk fikir2 nak ambil sampai lah sekarang dah anak empat ni.. Cantik pula Allah aturkan selang setahun selepas bersalin , perut mama berisi lagi. So jarak setiap anak ngam-ngam 2 tahun seorang.. 

Masa lepas bersalin kakak Aina, mama dengan abah memang xde terfikir lagi untuk family planning ni. Satu sebab utama ialah kami risau bila dah plan start ambil ubat, nanti time plan nak tambah baby lagi Allah tak bagi pula, abah cakap kita plan sendiri, kalau ada Rezeki lagi kita terima. Tapi bila dah keluar aisha, baby ke-3 mama mula study dan tanya orang2 lama berkenaan ubat-ubat perancnang ni. Mak mama sendiri pun pernah ambil perancang keluarga, alhamdulillah, ubat tu serasi dengan dia masa tu. Mama tanya juga mak sepupu mama, nurse, dia ambil suntikan depo yang 3 bulan sekali tu..pun tiada masalah cuma berat badan naik sedikit dan berisi. Ramai juga yang mama duk tanya-tanya tu yang ambil perancang, hormon terganggu dan naik berat badan. Kesimpulan hasil mama rajin bertanya tu, kesan suntikan dan ubat perancang keluarga berbeza bagi setiap orang. Oleh sebab tidak mahu merisikokan diri sendiri dan menjadi bahan ujikaji, sampai ke hari ini mama masih belum berani untuk cuba pil-pil hormon dan suntikan perancang keluarga ni.  


Arwah kakak ipar, kakak suami mama pun amalkan pil perancang Yasmin. Mama selalu juga tanya dia, ada kesan sampingan tak. So far sepanjang arwah ambil ubat tu, dia kata ok jer, serasi ubat tu dengan dia. 

Mama juga rajin bertanya bidan tukang urut mama dekat kampung, Moksu Yah. Tiap kali dia urut mama, dia akan bercerita macam-macam perihal perempuan mengandung dan beranak. Pernah dia cerita tentang arwah kakak dia yang ambik pil perancang dan meninggal dunia sebab urat darah pecah. time arwah meninggal, seluruh badan dia berdarah, setiap rongga badan keluar darah. Moksu cerita mungkin tu kesan dari dia ambil ubat perancang tu terlalu lama. Mama pun pernah terbaca, ubat-ubat perancang ni kita tak boleh ambil dalam tempoh yang lama, kalau tak silap mama tak boleh lebih dari 2 tahun. Wallahuallam.. nanti mama try check balik sumber ni. 

Lagi kesan sampingan yang mama baca, mengalami sakit kepala, kitaran haid yang tidak normal, rasa berdebar, pening-pening. Bila baca kesan ni lagi mama tak berani nak ambil. Tak ambil pun mama kerap sakit kepala sebab darah rendah, mungkin juga faktor umur.

Itu je kot sharing untuk hari ni.. Nanti ada idea mama akan share lagi ya... XOXO..  




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...