Alkisah semalam, 27 April plan asal pagi-pagi pukul 7 nak pergi jogging jer.. 7 pagi gerak dari rumah awal dari turun pergi kerja tu semangatnya.. Hahaha.. Kejut anak2 bangun mandi siap2.. Kakak sorg je mandi, aisha dengan kak ngah salin baju je, kesian tgk aisha lena je tdo nak mandi air sejuk-sejuk.. Aimi dah bangun letak dlm bilik air, mengamuk pula xmau mandi..
Sampai kat tasik dah ramai yang datang jogging dah penuh tmpt parking kereta. Alhamdulillah makin ramai rakyat Malaysia yang gigih berusaha untuk kekal cergas dan sihat.. Kami pun nak sihat jugak :)
Lepas makan nasi lemak 2 bungkus, kami bergerak pulak ke Taman Botani Negara, Seksyen 8 sebelah tasik ni je.. Taman Botani, dulu lebih dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah atau Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.. Banyak kali dah tukar nama, dan kesannya ramai yang kurang familiar dengan nama baru ni Taman Botani walhal taman yang sama..
Last visit kesini kalau tak silap mama 2 tahun lepas kot masa tu Aimi umur lebih kurang setahun, Kakak Aina dalam 3 tahun Aisha belum pasti dah ada ke belum dalam perut mama ni, baru-baru nak jadi kot..hahaha.. Now, Aisha setahun, Aimi 3 Tahun dan Kakak dah 5 tahun.. So boleh budget kan next visit bila plak kan...hahahah :)
Tiket masuk kekal tak berubah dari 1st visit mama kesini lebih kurang 10 tahun lepas RM3 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak umur 7 tahun keatas) je tau... murah sgt kan.. Rumah 4 musin pun sama RM3 untuk semua musim kecuali winter RM5 kalau tak silap mama. Sekarang musim bunga, cantik indah sejuk wau best romantik jer rasa..hahahha..
Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web mereka di SINI
Ok jom kita layan gambar pula... :)
Ulasan