Assalamualaikum..
Harini mama nak share petikan dari FB Prof Muhaya perihal membina keyakinan diri.. Jom sama-sama baca... Perkongsian yang sangat baik untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri kearah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya..
*******************************************************************
Sumber dari laman FB Prof Muhaya
Harini mama nak share petikan dari FB Prof Muhaya perihal membina keyakinan diri.. Jom sama-sama baca... Perkongsian yang sangat baik untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri kearah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya..
*******************************************************************
PETIKAN ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA)
TOPIK: MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 1)
TOPIK: MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 1)
Setiap manusia mempunyai nilai diri yang tersendiri, sebab kita datang dari kampung yang berbeza, keluarga yang berbeza, Ibu bapa yang berbeza, sekolah yang berbeza, dan universiti yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah ‘sistem nilai’ dan ‘sistem kepercayaan’ setiap orang daripada kita berbeza; mungkin sesuatu yang difikirkan dan dirasakan tidak penting bagi orang lain, tetapi ia menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri kita sendiri.
Perbezaan-perbezaan itu juga menunjukkan cara kita dididik dan dibesarkan banyak mempengaruhi imej diri kita. Jika semasa kecil kita sering dikutuk dan dikritik, apabila kita dewasa kita akan menjadi seorang yang tidak berkeyakinan diri. Seorang anak yang dibesarkan dengan kemewahan dan kemanjaan, tidak pernah berasa susah, segala urusannya diurus oleh pembantu rumah, lebih berpotensi menjadi seorang yang tidak berkeyakinan untuk berdikari.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 2)
Keyakinan diri adalah sesuatu yang berada dalam jiwa/roh kita, dan bukan sesuatu yang boleh kita nampak dengan mata kasar. Tetapi, boleh dinilai sama ada kita memiliki keyakinan diri atau pun tidak, dari segi nilaian perwatakan, keperibadian dan penampilan seseorang. Tanda orang yang yakin kepada dirinya; berwajahnya tenang dalam apa-apa situasi sekali pun dan suka senyum dengan senyuman yang ikhlas dari jiwa. Penampilan fizikalnya kemas dan teratur, sedap mata memandang dan amat meyakinkan sesiapa sahaja yang berhadapan dan bekerjasama dengannya.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 3)
Orang yang berkeyakinan diri ialah orang yang tinggi harga dirinya dan suka menghargai orang. Suka menaikkan nama orang dan memberi peluang agar orang yang anggapnya berpotensi untuk berjaya, akan sama-sama boleh mencipta nama dan mengecap kejayaan sama seperti dirinya. Tidak takut dengan persaingan dan tidak menganggap orang lain menjadi pesaingnya, kerana yakin dengan kekuatan dirinya.
Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, suka memuji orang dan tidak suka dipuji. Tetapi, suka ditegur, bersedia dan tidak takut kepada teguran. Orang yang beryakin diri, kritikan diterimanya sebagai sesuatu yang positif, kerana dengan kritikan itu akan dapat membuat penambahbaikan dirinya dan membetulkan kesalahan diri yang tidak disedarinya.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 4)
Orang yang yakin diri, pendiriannya tetap. Kalau dia jatuh dia tahu hendak bangun semula dengan seberapa segera. Orang yang yakin diri, dia tahu apa yang dia tidak tahu, dan dia tahu apa yang dia tahu. Sedangkan orang yang tidak berkeyakinan, dia tidak tahu apa yang dia tidak tahu.
Orang yang yakin kepada dirinya sendiri dia tidak mengharapkan orang lain, dia amat berdikari. Tidak mengharapkan penghargaan manusia dan bertuhankan manusia. Sentiasa bersungguh-sungguh dan berusaha, sentiasa berdoa tidak lepas mengharap pertolongan-Nya, sentiasa bertawakal setelah berdoa, sentiasa cekal hadapi ujian, terima kegagalan dengan reda sebagai dugaan, dan terima kejayaan dengan kesyukuran tanda mengakui kehebatan Tuhan, Allah SWT.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 5)
Untuk membina keyakinan diri yang pertama, masuklah ke dalam zon Allah. Carilah keredaan Allah dengan cara tingkatkan ketakwaan; buat yang disuruh tinggalkan yang dilarang. Beribadah bukan hanya setakat beribadah (perbuatan), tetapi ubudiyah (beribadah dengan rasa kehambaan). Sentiasa ingatkan mati, apabila kita yakin suatu hari kita akan mati, dan ada kehidupan kedua selepas kematian, kita akan tahu apa yang kita patut buat sebagai persediaan ke sana. Keyakinan kepada Allah, Yang Maha Berkuasa ini yang akan membina kecemerlangan hidup kita di dunia dan di akhirat.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 6)
Kedua, bagi membina keyakinan diri bersedia dan berani menghadapi segala masalah, cabaran dan dugaan. Jangan takut mencuba sesuatu yang baharu dan jangan dibayangi oleh kegagalan masa silam. Jika pernah gagal, jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan atau peluang untuk berjaya, bukan batu penghalang yang menghalang kita berjaya. Bagi mencegah masalah datang kepada diri kita, refleksi diri, di mana kekurangan kita terutama dalam hubungan kita dengan Allah. Biasanya orang yang bermasalah adalah orang yang bermasalah dalam hubungannya dengan Allah. Maka kembalilah kepada Allah.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 7)
Ketiga, bagi membina keyakinan diri, perancangan masa amat penting. Untuk menjadi tenang dan dapat mengawal emosi pengurusan waktu yang baik sangat diperlukan. Kerana seperti yang diperkenalkan dalam konsep pemikiran ‘Reset Minda’, emosi (hati/jiwa/roh) atau ‘dunia dalaman’ perlu dipelihara dengan baik. Kerana apa yang ada pada ‘dunia dalaman’ akan dizahirkan dalam bentuk tindakan. Maka untuk mendapat emosi yang baik, kena bijak mengurus masa supaya kita tidak kelam-kabut.
Hal ini adalah kerana keberkesanan dan keberkatan masa/waktu akan memberikan kesan kepada emosi. ‘Emosi menentukan interpretasi – interpretasi menentukan tindakan – tindakan menghasilkan hasil kehidupan. Kalau emosi tidak tenang atau negatif keyakinan diri akan turut hilang. Kalau emosi gembira atau positif kita akan berasa sesuatu yang kita lalui sesuatu yang menyeronokkan dan terasa begitu cepat masa berlalu.
Perancangan yang betul dari segi masa, kita akan melakukan kerja dalam keadaan tidak terancang dan berpotensi untuk melakukan kerja pada saat akhir. Hal ini memang amat berbahaya dan pasti akan meruntuhkan keyakinan diri berhadapan dengan apa-apa yang akan kita lakukan, apatah lagi pada perkara yang penting yang menentukan nasib masa hadapan hidup kita.
MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 8)
Cuba praktikkan ‘bayangan minda masa’ bagi merancang masa secara bermanfaat. Buatkan empat bulatan dan katakan kepada minda apa yang kita akan manfaat pada setiap peringkat bulatan:-
1) Bulatan pertama, adalah bayangan minit kita.
2) Bulatan kedua, adalah bayangan hari kita.
3) Bulatan ketiga, adalah bayangan minggu kita.
4) Bulatan keempat, adalah bayangan bulan kita.
Mulakan bayangan minda dengan bulatan pertama. Maksudnya, fikir dan bayangkan dalam masa satu minit itu, apakah yang akan kita isi dalam bulatan pertama itu. Banyak orang kata dalam masa satu minit itu tidak banyak perkara yang bermanfaat boleh dibuat, sebab terlalu singkat waktu itu. Sebenarnya tidak. Kalau kita boleh memulakan bayangan perancangan yang bermanfaat dan positif pada minit pertama dalam kehidupan kita, kita telah memberikan impak positif untuk satu hari, dan seterusnya untuk satu minggu dan untuk satu bulan.
Dalam buku Mata Akal Mata Hati, dalam bab “Celik Mata Reset Minda Pengguna Masa, dicatatkan, “Jika kita menjaga saat terjagalah minit. Jika kita menjaga minit akan terjagalah jam. Jika kita menjaga hari, akan terjagalah bulan. Jika kita menjaga bulan akan terjagalah tahun. Jika kita ingin tahu keberkesanan seseorang dalam kehidupannya, lihatlah bagaimanakah mereka memanfaatkan masa. Jom refleksi diri, sejauh mana kita memanfaatkan masa yang diberi Allah selama 24 jam, kepada semua manusia di dunia ini, tiada yang lebih dan tiada yang kurang.
Sumber dari laman FB Prof Muhaya
Ulasan