Langkau ke kandungan utama

Aktiviti seminggu...

Hmm, dah macam diari pulak blog ni ye.. xkisah la janji ada cerita mama dan anak-anak nak baca nanti.. kenangan kami sekeluarga ada dalam ni... seronok bila baca balik..kan?

Aktiviti seminggu sepanjang minggu lepas... isnin hingga khamis aktiviti biasa pagi2 bersiap hantar anak ke taska, kakak ke sekolah, abah pergi kerja, mama pun kerja,,, Hari jumaat 10 hb mama dapat kursus sekali dengan abah di Shah Alam... Ok la sekali sekala kan... bukan tak biasa pun kursus skali.. selalu sgt lepas pada kawin tu kan.. Induksi pun sekali kat kampung gajah, conference dekat gambang pun sekali, kursus kompetensi pun sama-sama tahun lepas... Kalau x cakap orang tak tau kami laki bini.. hehehe.. macam pakwe makwe je padahal anak dah 3... :p


Kursus ni separuh hari jer, tghari tu terus balik umah.. Abah g solat jumaat, mama sempat la kemas2 umah, mop lantai dengan buat dadih untuk birthday dhalia esoknya (dah janji ngan ibu suruh mama buat kan)... balik dari solat abah suruh mama bersiap nak g shopping pampers dengan susu anak-anak kat tesco pulak...maka shoppinglah kami berdua tanpa anak-anak..rasa kekok plak lama xkeluar berdua..kalau x, jenuh nak melayan sorg nak tu, sorg nak ni, happening lah sgt..hahaha..

Alkisah esoknya, sabtu 11hb, abah ajak lagi shopping kat aeon bukit tinggi sebelum pergi umah ibu celebrate birthday dhalia.. Hai abah ni kenape hari-hari ajak shopping...mimpi ke ape ni..umpama orang ngantuk disorngkan bantal, apa lagi nak ajer dah mmg hobi mama kan window shopping..

Sebelum bergerak, mama sempat goreng nasi buat bekal makan dlm kereta.. sebelum tu dah mkn roti canai abah beli kat rumah.. budak-budak ni bukan boleh kira, lapar xtentu masa..
tgh tgu abah fitting seluar kat dlm room tu ha..sempat posing ambik gmbr anak dara.. aisha tgh tdo, k.ngah duk berlari2 main kat tepi smpi hilang lagi tudung selai ntah mana dia campak...adoiiii la kak ngah asyik hilang tudung jer ni..
Dah puas ronda kat aeon, mama ajak abah singgah GM Klang pulak, nak cari hadiah untuk dhalia.. Mama naik shopping sorang-sorang, sblm tu belikan aiskrim utk kak ngah aimi dan kakak aina umpan duk diam-diam dengan abah kat bawah.. Aisha pun behave, elok jgk duk ngan abah.. Alhamdulillah dapatla mama pusing GM dengan tenang utk cari hadiah dan jumpa la mainan piano siap dengan mikrofon untk dhalia dan kotak2 abc utk Kakak dhia...lupa plak ambik gmbr hadiah tu...

Ok tu saje cerita untuk harini.. Next entry gambar-gambr birthday Dhia pula sambung esok ye.. Assalamualaikum.. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospital

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka