Langkau ke kandungan utama

34 weeks already..another 6 weeks to go..;)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillahh, semalam genap kandungan mama yang ke-2 ni berusia 34 minggu.. Sorry baby sayang, mama kurang bercerita tentang kandungan untuk this coming baby compare dengan kakak aina dlu.. But i know you are happy inside right? mama tau adik tersangat aktif dan tak sabar-sabar nak keluar bermain ngan kakak kan? Sejak dari kandungan 6 bulan lagi mama da rasa adik mengeras.. cecah 7 bulan makin kerap dan kerap.. Now hampir 9 bulan, abah pun boleh nampak dari jauh if perut mama bergerak2... Especially tgh2 mlm, adik sgt suka bermain-main, mama pun lately kerap tidur lewat hampir pukul 2-3 pagi sebab terkejut dengan gerakan adik tu..;)

Last saturday, 17 dec, mama pergi check up mcm biasa..sepatutnya appointment 14 hb, tp disebabkan kereta rosak dan xboleh bergerak kemana-mana, terpaksa kami tangguh dlu utk melihat kamu syg... Ikutkan hati mama, hari2 mama nak pergi klinik untuk scan dan tengok perkembangan baby di dalam rahim mama ni.. Dr. wati mcm biasa bila nak scan je perut mama ni mesti dia komen pasal bekas jahitan lahirkan kakak dlu.. sangat panjang katanya... mama senyum jer.. sbb xpernah tgk parut orang lain punyer.. dan xpernah rasa sakit tempat jahit tu cuma kadang2 rasa gatal jer...;)

Perkembangan terkini adik hasil lawatan di klinik An-nisa sabtu lepas ialah:
  • Berat dah mencecah 2.4 kg +..berat mama pula 61kg..naik 1kg je dari bulan sebelumnya...
  • Air ketuban semua cantik, ok xde masalah.
  • Baby active as usual.. Dr.wati ckp anak ke-2 memang akan rasa pergerakan dia lebih sket sbb rahim kita da longgar, selesa selepas lahirkan kakak dlu.. so mmg normal akan rasa aktiviti baby lebih compare pregnant anak 1st dlu..
  • Tekanan darah, urine test mama semua ok, xde masalah..
  • Then, dr.Wati bagi Obimin Pluz untuk mama sbb sblm ni mama dah tinggalkan obimin lebih dr sebulan sbb berat badan naik mendadak.. mama ambil kalsium, vit c dengan iron tablet jer.. Obimin Pluz sangat bagus sebab didalamnya terkandung DHA dan EPA yang baik untuk perkembangan otak bayi.. fungsinya lebih kurang sama macam mama ambil obimin biasa + neuro gain kot.. Senang dia da combine semuanya dalam 1 kapsul jer..;)
Lepas check-up mengandung, kami sekeluarga keluar jalan-jalan selepas hampir 3 bulan berkurung di rumah.. kakak kemain lagi happy.. Mood pun elok jer bila bawa keluar jalan-jalan.. Alhamdulillah rasa lega sangat2 bila kereta da settle..kalu x memang asik ligat je kepala duk pk macam2... Alhamdulillah, ujian yang Allah berikan ini mematangkan kami lagi dalam membuat keputusan dan mengajar kami erti sabar..

Wassalam..

Ulasan

ReyhaEphyra berkata…
cepatnyerrr yat. hok ni plan bersalin mano?
mamaainamishanis berkata…
bersalin hosp KB jah kot...xbrani dah eh nak g an-nisa takut belah pulop..nak gaga mano la..hihihi...

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...