Langkau ke kandungan utama

Kisah cuti KRISMAS

As-salam...

Hujung tahun ni rasa mcm heaven jer, rasa macam tiap2 minggu ada cuti umum... Bahagianya hidup dapat luangkan cuti panjang bersama suami dan anak.. Oh sebelum terlupa... Hari ini genap mommy muda ini berumur 27 TAHUN... Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan usia untuk menikmati hidup yang cukup indah ini disamping menyediakan bekalan untuk kehidupan di Akhirat sana.. ;)

Jumaat, 23 December mama dan abah cuti sebab kakak ipar mama (k.long abah) dtg bertandang ke rumah dari kampung.. Saje bercuti utk bawa mereka jalan-jalan kat KL.. sambung smpi cuti krismas means 4 hari la kami bercuti dari Jumaat smpi Isnin dengan bermacam2 aktiviti yang padat... Aina bukan main lagi hepi ada kawan kat rumah, sanggup tahan mata yang ngantuk semata-mata nak main smpi lewat malam.. riuh rendah umah kami dibuatnye...seronok plak bila ramai2 berkumpul dirumah yang kecik tu...hehehe... Hari pertama, jumaat pagi tu kami keluar ke Mydin Subang Jaya je nak cari brg2 basic baby..budget murah la tp bila compare balik certain2 brg rasa lagi mahal dr jusco.. So xselesai jugak shoping kat Mydin tu, tp barang2 basah dia agak segar, ikan-ikan sangat fresh compare pasar malam ngan tesco... so mama ambil la byk2 tambahan ramai orang kat umah mmg kena rajin masak kan.. Habis shopping cepat-cepat kami balik sbb nak kejar waktu solat Jumaat...Malamnya kami keluar jalan-jalan ke i-city pula.. Happening sangat suasana kat sini malam2.. awal-awal dlu time mama dtg aina kecik lg baru 3-4 bulan kot.. Banyak sangat yang berubah... Budak2 memang suka la sebab banyak mainan dah macam Fun Fair.. lagi-lagi musim cuti skolah skarang, semua tempat bersesak-sesak orang... tapi ok la tiket dia pun xde la mahal sangat average RM5, Parking pula RM10..Semua kena beratur panjang..tp kami xmasuk Snow walk sebab xleh bawa masuk budak bawah umur 3 tahun kata hb..

Esoknya pula, hari sabtu 24 dis, pagi2 lagi kami keluar jalan-jalan sambil shoping di IKEA, Damansara. Lepas tu ke Jusco Bukit Tinggi pula dan sambung lagi ke GM Klang... Sehari suntuk berjalan habiskan bonus... \(",)/

Hari ke-tiga, 25 hb kami duk lepak sambil kemas2 rumah dan basuh baju2 baby sebab kakak ipar keluar ke rumah adiknya di Sri Kembangan.. Lewat petang baru kami keluar untuk makan malam di Aroma Ikan Bakar di Jeram, Kuala Selangor... tak terkata ramai sgt2 orang sampai xleh nak booking sebab tokey kedai dah xleh nak control orang keluar masuk sebab tersangat lah ramai.. terpaksa kami tggu meja org yang hampir nak selesai makan...tgu meja da dkt sejam, pastu beratu lagi nak pilih seafood dkt stengah jam, tgu lagi makanan siap lebih sejam...memang betul2 menguji kesabaran iman kami.. nasib baik anak-anak x mengamuk... makanan da smpi xde mood da nak amik2 gambor, terus makan sbb da gelap...kami bertolak dari umah pukul 5 lebih smpi sana pukul 6 petang, tgu dapat meja dlm 6 lebih, dkt isyak baru dapat makan...huhuhuhu... dasyat betul penangan restoran nih...silap timing kami pergi time cuti skolah + cuti umum...next time kalau nak sgt makan pun bukan time cuti2 mcm ni kami pergi.....SERIK....;)

Ulasan

ReyhaEphyra berkata…
besar doh perut dio. agak2 bleh lwn aino ko? hehe
mamaainamishanis berkata…
tu hak rungsing ni ha..kalu besar jugak gak, possibality nak bersalin normal supo tipis jah...aduh duhhhh...control make pun srupo jah tahap pembesarannyo..tawakal je la nak wat lagu mano..buke boleh sekat2 dia nak besar..hihih

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...