Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bulan madu with kids - part 1

Cameron Highland Day 1  : 23 ogos 2015 Bertolak dari rumah jam 7 pagi. 4.30 mama bangun siapkan bekal. Makaroni spiral goreng, nasi lemak, nugget goreng dgn sosej. 10.30 selamat tiba di lata iskankar, singgah piknik dan mkn bekal kat sana. Gambar ni awalnya kakak yang offer nak ambik gmbr mama dgn abah dia, kami xperasan ada minah saleh (cantik sgt) duk tgk kami bergambar, then masa kakak nak ambik gmbr, dia offer nak tolong ambilkan gambr kami 1 family. Sukanya hati tak terkira, dalam hati duk puji baiknya dorg kan.. ni kali ke-2 seingat mama, mat salleh dtg offer nak tolong ambilkan gambar.  :) Lepas makan dan bergambar, kami truskan perjalanan ke Cameron Highland. Sebelum sampai di tanah rata, sempat berhenti di gerai tepi jalan dekat Bharat Cafe untuk minum teh tarik fresh dlu, tempat fav kami bila datang ke Cameron ni. Mama dgn kakak je minum tea panas tu, abah dah full katanya.. Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 12.00 tghari, masih awal

Raya 2015

Bismillah.. Alhamdulillah syukur tahun ke-7 beraya sebagai seorang isteri dan menantu, dan tahun ke-6 beraya setelah bergelar seorang IBU. Syukur sangat-sangat. Terkadang rindu juga kenangan beraya zaman budak-budak, beraya dengan Mek, arwah ayah Chik, adik beradik, kenangan beraya di rumah belakang Masjid Tumpat, Hari pertama raya meriah sangat sebab boleh tengok orang ramai berduyun-duyun lalu depan rumah nak pergi solat sunat hari raya di Masjid.  Best sgt.. Sekarang pula anak dah 3 ni, sibuk pula uruskan kelengkapan dan siapkan anak2 di hari raya. Alhadulillah dapat suami yang ringan tulang, rajin tolong mama, mana yang mama tak sempat abah tolong buatkan. Tiap-tiap tahun bila time raya, agenda dan aktiviti tetap sama, kunjung mengunjung dan ziarah sanak saudara. Kami berdua dilahirkan dalam keluarga yang agak besar, mak sedara pun ramai, mak sepupu, tambah2 membesar dengan datuk saudara, memang banyak rumah yang nak kena pergi beraya. Belah abah pun sama, mak sedara, tok sed

Lagi.....

ALHAMDULILLAH... SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA.. \(,")/ *Setiap kali Ramadhan sejak kawin, tahun ke -7 berpeluang berpuasa penuh.  Subhanallah Allahuakbar. Kahwin tahun 2009, mengandung, 2010 tak datang period sebab menyusu, 2011, mengandung lagi, 2012 tak period sebab menyusu, 2013 mengandung lagi, 2014 tak period juga sebab menyusu, now 2015 sambung lagi...  Ya Allah sungguh indah dan cantiknya aturanMu ya Allah.. Namun rasa diri sangat hina dan tersangat kurang dalam beramal ibadat kepadaMu walaupun diberi kelebihan itu..  Allah Allah ampunilah kami, redhailah hidup kami, permudahkanlah segala urusan kami.  Aamiin ya Rabbal al amin

:: Jodoh ::

Alhamdulillah dijodohkan dengan insan yang memahami dan dapat menerima diri ini seadanya.. Lengkap melengkapi paling utama.. Terima kasih cintaku, suamiku.. Moga syurga rumahtangga kita.. Benar, jodoh itu rahsia Allah.. Terbang jauh mencari rupanya hanya didepan mata.. Lebih 6 tahun hidup bersama, namun insiden yang mencetuskan jodoh kami kekal segar dalam ingatan.. 3 tahun kenal sebagai teman sekelas waktu diploma, 2 tahun teman sefakulti, namun tak pernah terdetik bakal hidup bersama. Allah sebaik-baik perancang yang menggerakkan dan membolak-balikkan hati.. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang kau beri, dipermudah segala urusan kami dari detik awal rancangan kami untuk berumahtangga kerana niat cuma satu, bercinta hingga syurga. Berikut sedikit perkongsian perihal jodoh yang mama suka share disini.. Untuk bacaan umum.. ********************************************************************* Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi ba

Doa untuk anak-anak

Doa kepada anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil) Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran). اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ (Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah) Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat). اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ (Allahumma barik fihi wanshur minhu) Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya. “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Alla

Doa Isteri untuk Suami

Ya ALLAH.. Terima kasih atas keselamatan dan penyertaanMu atas suamiku hingga hari ini.. Berkatilah suamiku, lindungilah dia.. Berikanlah suamiku kesehatan dan kelancaran dalam menjalankan tanggung jawabnya.. Berilah kesabaran dan ketabahan dalam memimpin kami.. Berilah kebijaksanaan dalam menjalankan tugasnya.. Tuntun langkahnya agar mata hatinya senantiasa tertuju dalam kehendakMu.. Sampaikan berjuta sayangku untuknya.. Sampaikan sejuta cintaku padanya.. Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati.. Maka kabulkanlah doaku.. Amin..Ya robbal `alamiin.. " Ya Allah,,engkau yang telah mempertemukan kami dalam suatu ikatan yang suci, sakral, dan indah.. Suamiku,,terima kasih atas dirimu yang mampu dan mau selalu disisiku.. memberikan hidupmu untuk melindungiku karena Allah.. yang mau dan mampu berusaha mencintai diriku karena-NYA... Ya Allah,,berilah semua balasan dengan cinta-Mu atas kebaikan maupun amarah suamiku.. Ya Allah,,tak terbatas rasa

Motivasi : Membina Keyakinan Diri

Assalamualaikum.. Harini mama nak share petikan dari FB Prof Muhaya perihal membina keyakinan diri.. Jom sama-sama baca... Perkongsian yang sangat baik untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri kearah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.. ******************************************************************* PETIKAN ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 1) Setiap manusia mempunyai nilai diri yang tersendiri, sebab kita datang dari kampung yang berbeza, keluarga yang berbeza, Ibu bapa yang berbeza, sekolah yang berbeza, dan universiti yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah ‘sistem nilai’ dan ‘sistem kepercayaan’ setiap orang daripada kita berbeza; mungkin sesuatu yang difikirkan dan dirasakan tidak penting bagi orang lain, teta pi ia menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri kita sendiri. Perbezaan-perbezaan itu juga menunjukkan cara kita dididik dan dibesarkan banyak mempengaruhi imej diri kita.