Bismillah..
Alhamdulillah syukur tahun ke-7 beraya sebagai seorang isteri dan menantu, dan tahun ke-6 beraya setelah bergelar seorang IBU. Syukur sangat-sangat. Terkadang rindu juga kenangan beraya zaman budak-budak, beraya dengan Mek, arwah ayah Chik, adik beradik, kenangan beraya di rumah belakang Masjid Tumpat, Hari pertama raya meriah sangat sebab boleh tengok orang ramai berduyun-duyun lalu depan rumah nak pergi solat sunat hari raya di Masjid. Best sgt..
Sekarang pula anak dah 3 ni, sibuk pula uruskan kelengkapan dan siapkan anak2 di hari raya. Alhadulillah dapat suami yang ringan tulang, rajin tolong mama, mana yang mama tak sempat abah tolong buatkan.
Tiap-tiap tahun bila time raya, agenda dan aktiviti tetap sama, kunjung mengunjung dan ziarah sanak saudara. Kami berdua dilahirkan dalam keluarga yang agak besar, mak sedara pun ramai, mak sepupu, tambah2 membesar dengan datuk saudara, memang banyak rumah yang nak kena pergi beraya. Belah abah pun sama, mak sedara, tok sedara, sepupu-sepupu memang ramai, meriah seronok sangat bila jumpa ramai-ramai. Alhamdulillah semua pun baik-baik ramah dan mesra.
Cukup la story pasal raya kot. Kita layan gambar pula. Macam tak byk juga gambar raya tahun ni. Susah nak kumpul semua bila anak2 dan jumpa geng, ada kwan, bila panggil nak bergambar kemain susah. Cukuplah untuk kenangan tahun. Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin dari kami sekeluarga.
|
Tahun ni HIJAU kami berlima dengan Jubah couple dari Furqon dan dress jubah untuk anak2.. :) |
|
Ni raya ke-3, jalan-jalan tepi semapdan kelate-thailand sesat cari rumah pengasuh lama aisha, Cik Mai...huhu |
|
Girls sinonim sangat dengan PINK..mama pilih color lain tapi PINK jugak yang dorg suka.. Dengan adik Aisha sekali terjebak..huhu.. |
|
Mama dengan Aisha beraya di rumah Mak Muda, adik Umi |
|
Anak-anak buah mama (tepatnya adik 2 pupu) tapi sebab membesar sekali, dorg anggap mama macam mak sedara dorg plak, sbb masa kecik2 mama yg selalu layan n main2 dgn dorg.. Skang mama plak yg rasa menegcil, dorg semua panjang2 dah besar mcm galah...hehehe.. Mek ( duduk paling kanan) yang jaga mama dari kecil maintain awet muda even cucu dah besar2 tak lama lagi boleh cicit plak.. |
|
Mama rasa sangat kecik dan mengecil..hukhuk.. budak2 yang duduk kat depan tu, masa kecik2 mama yang selalu basuh berak mandikan dorg tau...skang dah besaq2 dah boleh kawin da..hehehe |
|
Raya ke-2 di rumah tok Mek, Kak Ngah Aimi kena chicken pox sehari sblm raya (hari buat ketupat), beraya dgn bedak sejuk (calamine losyen) penuh kat muka..hehehe |
|
Me with my truely HERO, LOVE you so much sayang... Maafkan salah silap dan apa yang kurang pada mama ya sayang.... We complete each Other.. You are my everything.. TQ so much syg.. |
Ulasan