Cameron Highland
Day 1 : 23 ogos 2015
Bertolak dari rumah jam 7 pagi. 4.30 mama bangun siapkan bekal. Makaroni spiral goreng, nasi lemak, nugget goreng dgn sosej. 10.30 selamat tiba di lata iskankar, singgah piknik dan mkn bekal kat sana.
Gambar ni awalnya kakak yang offer nak ambik gmbr mama dgn abah dia, kami xperasan ada minah saleh (cantik sgt) duk tgk kami bergambar, then masa kakak nak ambik gmbr, dia offer nak tolong ambilkan gambr kami 1 family. Sukanya hati tak terkira, dalam hati duk puji baiknya dorg kan.. ni kali ke-2 seingat mama, mat salleh dtg offer nak tolong ambilkan gambar. :)
Lepas makan dan bergambar, kami truskan perjalanan ke Cameron Highland. Sebelum sampai di tanah rata, sempat berhenti di gerai tepi jalan dekat Bharat Cafe untuk minum teh tarik fresh dlu, tempat fav kami bila datang ke Cameron ni. Mama dgn kakak je minum tea panas tu, abah dah full katanya..
Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 12.00 tghari, masih awal untuk check in hotel, makan kami terus ke Brincang dan naik ke ladang Teh Boh Sungai Palas disini.
Tengah imagine nanti nak bergambar bila anak 6-7-8 huhuh tenggelam mamanya nanti..heheheh |
Cantik kan hijauuuuu :) |
Happy Family berLIMA...tahun depan BerENAM pula..:) |
happy kids, happy mom... ;) |
4 months preggy..nampak mcm muncit je..hehe |
Terima kasih buat suami, bawa kami anak beranak berhoneymoon di Cameron Highland lagi untuk kali ke-3 lepas kita kawin. Tiap kali datang cameron, mesti mama pregnant.hehe.. 1st datang dgn abah masa baru ngandungkan kakak Aina, 2nd time dtg, time pregnantkan kak ngah aimi, now 3rd time pregnant adik baby pulak... Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki buat anak-anak kami..
Kami makan malam di sini, Restoran Idaman Aikaa, di pekan Brincang, hasil carian google, mama jumpa restoran ni, katanya tomyam dan masakan thai nya sedap. Untuk dinner malam tu kami order tomyam daging + ayam, telur dadar, ayam goreng kunyit dengan kailan ikan masin. Alhamdulillah masakannya memang sedap dan kena dgn selera kami. Harga pula tidakla murah, dan tidak jgk terlalu mahal, beza RM1-RM2 dari harga biasa.. Kami kira berbaloi dengan rasa masakan yang enak dan menepati selera kami. Kalau tak sedap tapi mahal, memang rasa tak puas hati jgk. apapun syukur selalu, Alhamdulillah.. :)
Selesai makan kami meronda jalan kaki ke pasaraya depan restoran ni, nak cari gam selipar kakak dan kasut aimi yang nak tercabut dan belikan biskut untuk anak-anak..
Selesai sudah aktiviti hari pertama kami di cameron. Next aktiviti hari ke-2 kita sambung page baru ya.. xoxo... :)
Ulasan