Langkau ke kandungan utama

:: Jodoh ::

Alhamdulillah dijodohkan dengan insan yang memahami dan dapat menerima diri ini seadanya.. Lengkap melengkapi paling utama.. Terima kasih cintaku, suamiku.. Moga syurga rumahtangga kita..

Benar, jodoh itu rahsia Allah.. Terbang jauh mencari rupanya hanya didepan mata.. Lebih 6 tahun hidup bersama, namun insiden yang mencetuskan jodoh kami kekal segar dalam ingatan.. 3 tahun kenal sebagai teman sekelas waktu diploma, 2 tahun teman sefakulti, namun tak pernah terdetik bakal hidup bersama. Allah sebaik-baik perancang yang menggerakkan dan membolak-balikkan hati.. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang kau beri, dipermudah segala urusan kami dari detik awal rancangan kami untuk berumahtangga kerana niat cuma satu, bercinta hingga syurga.

Berikut sedikit perkongsian perihal jodoh yang mama suka share disini.. Untuk bacaan umum..

*********************************************************************
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Kredit sumber dari : http://www.ikahwin.my/blog/254-10-petanda-dia-jodoh-kita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...