Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lagi.....

ALHAMDULILLAH... SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA.. \(,")/ *Setiap kali Ramadhan sejak kawin, tahun ke -7 berpeluang berpuasa penuh.  Subhanallah Allahuakbar. Kahwin tahun 2009, mengandung, 2010 tak datang period sebab menyusu, 2011, mengandung lagi, 2012 tak period sebab menyusu, 2013 mengandung lagi, 2014 tak period juga sebab menyusu, now 2015 sambung lagi...  Ya Allah sungguh indah dan cantiknya aturanMu ya Allah.. Namun rasa diri sangat hina dan tersangat kurang dalam beramal ibadat kepadaMu walaupun diberi kelebihan itu..  Allah Allah ampunilah kami, redhailah hidup kami, permudahkanlah segala urusan kami.  Aamiin ya Rabbal al amin

:: Jodoh ::

Alhamdulillah dijodohkan dengan insan yang memahami dan dapat menerima diri ini seadanya.. Lengkap melengkapi paling utama.. Terima kasih cintaku, suamiku.. Moga syurga rumahtangga kita.. Benar, jodoh itu rahsia Allah.. Terbang jauh mencari rupanya hanya didepan mata.. Lebih 6 tahun hidup bersama, namun insiden yang mencetuskan jodoh kami kekal segar dalam ingatan.. 3 tahun kenal sebagai teman sekelas waktu diploma, 2 tahun teman sefakulti, namun tak pernah terdetik bakal hidup bersama. Allah sebaik-baik perancang yang menggerakkan dan membolak-balikkan hati.. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang kau beri, dipermudah segala urusan kami dari detik awal rancangan kami untuk berumahtangga kerana niat cuma satu, bercinta hingga syurga. Berikut sedikit perkongsian perihal jodoh yang mama suka share disini.. Untuk bacaan umum.. ********************************************************************* Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi ba

Doa untuk anak-anak

Doa kepada anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil) Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran). اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ (Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah) Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat). اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ (Allahumma barik fihi wanshur minhu) Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya. “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Alla

Doa Isteri untuk Suami

Ya ALLAH.. Terima kasih atas keselamatan dan penyertaanMu atas suamiku hingga hari ini.. Berkatilah suamiku, lindungilah dia.. Berikanlah suamiku kesehatan dan kelancaran dalam menjalankan tanggung jawabnya.. Berilah kesabaran dan ketabahan dalam memimpin kami.. Berilah kebijaksanaan dalam menjalankan tugasnya.. Tuntun langkahnya agar mata hatinya senantiasa tertuju dalam kehendakMu.. Sampaikan berjuta sayangku untuknya.. Sampaikan sejuta cintaku padanya.. Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati.. Maka kabulkanlah doaku.. Amin..Ya robbal `alamiin.. " Ya Allah,,engkau yang telah mempertemukan kami dalam suatu ikatan yang suci, sakral, dan indah.. Suamiku,,terima kasih atas dirimu yang mampu dan mau selalu disisiku.. memberikan hidupmu untuk melindungiku karena Allah.. yang mau dan mampu berusaha mencintai diriku karena-NYA... Ya Allah,,berilah semua balasan dengan cinta-Mu atas kebaikan maupun amarah suamiku.. Ya Allah,,tak terbatas rasa

Motivasi : Membina Keyakinan Diri

Assalamualaikum.. Harini mama nak share petikan dari FB Prof Muhaya perihal membina keyakinan diri.. Jom sama-sama baca... Perkongsian yang sangat baik untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri kearah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.. ******************************************************************* PETIKAN ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: MEMBINA KEYAKINAN DIRI (BAHAGIAN 1) Setiap manusia mempunyai nilai diri yang tersendiri, sebab kita datang dari kampung yang berbeza, keluarga yang berbeza, Ibu bapa yang berbeza, sekolah yang berbeza, dan universiti yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah ‘sistem nilai’ dan ‘sistem kepercayaan’ setiap orang daripada kita berbeza; mungkin sesuatu yang difikirkan dan dirasakan tidak penting bagi orang lain, teta pi ia menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri kita sendiri. Perbezaan-perbezaan itu juga menunjukkan cara kita dididik dan dibesarkan banyak mempengaruhi imej diri kita.

Taman Botani 2015

Alkisah semalam,  27 April plan asal pagi-pagi pukul 7 nak pergi jogging jer..  7 pagi gerak dari rumah awal dari turun pergi kerja tu semangatnya.. Hahaha..  Kejut anak2 bangun mandi siap2.. Kakak sorg je mandi,  aisha dengan kak ngah salin baju je, kesian tgk aisha lena je tdo nak mandi air sejuk-sejuk.. Aimi dah bangun letak dlm bilik air, mengamuk pula xmau mandi.. Sampai kat tasik dah ramai yang datang jogging dah penuh tmpt parking kereta. Alhamdulillah makin ramai rakyat Malaysia yang gigih berusaha untuk kekal cergas dan sihat.. Kami pun nak sihat jugak :) Lepas makan nasi lemak 2 bungkus, kami bergerak pulak ke Taman Botani Negara, Seksyen 8 sebelah tasik ni je.. Taman Botani, dulu lebih dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah atau Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.. Banyak kali dah tukar nama, dan kesannya ramai yang kurang familiar dengan nama baru ni Taman Botani walhal taman yang sama.. Last visit kesini kalau tak silap mama 2 tahun lepas

Warung Kita

Warung kita best warung ever..  Kali ke-2 datang sini sabtu lepas 18 April,  cik abang tak puas makan lagi katanya datang bulan lepas dengan kakak ipar.. Mama pun suka walau terpaksa langgar pantang minum air sejuk.  Nasi manggey,  coconut shake, abc oreo,  air nyor baldi semuanye sedap giler..  Fee feeling mcm duk mkn kat kg tau, rasa,  suasana mcm balik kelate..  Anak2 pun suka.. Kakak habis makan nasi sebungkus RM 4.50.. Konon nak kongsi makan dgn mama,  tp ambik makan dia sorg..  Kesian betul,  dpt mkn 2-3 sudu je..  Abah dah tnye awal2 masa beratur nak beli nasi,  nak order 3 bungkus mcm byk sgt takut membazir tak habis,  sbb masing2 dah pekena nasi lemak mama buat kat rumah.  So order dua saje lah, abah dgn mama share dgn kakak.  Sekali kakak suka sgt smpi licin mkn sorg2.. Padahal mkn nasi lemak kat umah 2xtambah dah tu..  Seronok sguh tgk kakak makan..  Kak ngah aimi pulak langsung xmau makan nasi, excited sgt pekena ABC  oreo,  smpi xhirau ke org dah..  Alhamdulillah happy

Happy birthday Dhalia!

Assalamualaikum wbt. Harini mama xde idea sgt nak menulis...sekadar nak share gmbr masa celebrate birthday anak buah kesayangan mama,  Dhalia Nur Husna,  1tahun.. sebaya aisha,  beza 21 hari je kot..  Sama mcm kak ngah aimi sebaya dgn kakak dhia beza 11 hari.. berlumba-lumba kitorg mengandung ni tau,  due dekat2.. Hehe seronok pantang sama2 dgn kakak even duk jauh tp slalu contact share activity masa pantang masing2..

Kids and Food... :)

Anak-anak mama dengan makanan memang tak leh dipisahkan... Semua suka makan.. Alhamdulillah tak cerewet masa kecil, bila dan makin besar, ada la skit2 memilih, but still under control lagi... :) tomato is really good...yeashhh i wanna skin like my mom...;) banana is delicious and i like it... :p green apple is good for diet...i wanna slim ;)...oh no darling mama really like when u are chubby cute and bambam... nasi with telur kicap is really awesome !!!

Aktiviti seminggu...

Hmm, dah macam diari pulak blog ni ye.. xkisah la janji ada cerita mama dan anak-anak nak baca nanti.. kenangan kami sekeluarga ada dalam ni... seronok bila baca balik..kan? Aktiviti seminggu sepanjang minggu lepas... isnin hingga khamis aktiviti biasa pagi2 bersiap hantar anak ke taska, kakak ke sekolah, abah pergi kerja, mama pun kerja,,, Hari jumaat 10 hb mama dapat kursus sekali dengan abah di Shah Alam... Ok la sekali sekala kan... bukan tak biasa pun kursus skali.. selalu sgt lepas pada kawin tu kan.. Induksi pun sekali kat kampung gajah, conference dekat gambang pun sekali, kursus kompetensi pun sama-sama tahun lepas... Kalau x cakap orang tak tau kami laki bini.. hehehe.. macam pakwe makwe je padahal anak dah 3... :p Kursus ni separuh hari jer, tghari tu terus balik umah.. Abah g solat jumaat, mama sempat la kemas2 umah, mop lantai dengan buat dadih untuk birthday dhalia esoknya (dah janji ngan ibu suruh mama buat kan)... balik dari solat abah suruh mama bersiap nak g sh