Langkau ke kandungan utama

Catatan

SALAM EID' 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI KAMI SANAK SAUDARA DAN RAKAN TAULAN YANG JAUH MAHUPUN DEKAT ‘Taqabbalullah minna waminka’  (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Pengganti WES8668 - Green Machine 001 Hybrid

Green Machine - Green Car, Save the Earth.. Dalam entry lepas, honda civic kesayangan telah pun selamat bertukar tuan pada 13 Januari 2012.. setelah sebulan, penggantinya telah pun selamat dipinang.. Pada 3 Mac 2012, setelah 2 minggu menunggu proses kelulusan bank etc, green machine tersebut selamat kami terima.. New baby, new car.. Syukur alhamdulillahh.. Honda Insight Hybrid 2011

Resepi : butir nangka suka-suka hati

Assalamualaikum :) Semalam 3rd time mama buat butir nangka sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa.. dah addicted org kata..hari2 nak makan pun xpuas2.. Ok la mari kita kongsikan resepi untuk buat butir nangka suka-suka hati ni yer.. Bahan-bahannya ialah : 1 cawan tepung pulut (anggaran 2 org mkn) air yg diletak pewarna hijau (atau air perahan daun pandan) santan suka-suka hati nk kuah manis tu byk / sikit halba daun pandan gula & garam tepung beras (sikit je dlm 1 sudu untuk pekatkan kuah)  Cara-caranya ialah : Untuk sediakan butir nangka tu, campurkan tepung pulut dengan air hijau dalam bekas dan uli sebati (tepung dah xmelekat kat tangan) Panaskan air dalam periuk, sementara tunggu air mendidih, boleh la bentukkan tepung yang dah siap di uli tu bulat2 @ panjang2 (suka-suka hati)  Bila air dah mendidih, masukkan tepeung yang dah dibentuk ke dalam periuk. tunggu sehingga doh tersebut timbul dan terapung dalam air baru boleh diangkat dan dimasukkan ke dalam beka

Tips #2 : Membentuk JUARA

JADIKAN ANAK ANDA SEORANG JUARA ========================= Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang "outstanding" berbanding rakan sebayanya .. selamat mencuba mommies! 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik atau nama yang baik tetapi diberi gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak menjadi malu dan rendah diri. Sedangkan dalam Islam juga ibu bapa dituntut untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak. 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan pe

Tips #1 : Tantrum

APABILA ANAK BUAT PERANGAI ==================== Bila anak lepaskan geram, ia mempengaruhi orang lain. Petua berikut boleh membantu anda menenangkan anak yang buat perangai. Anda cuba memasukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala. Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap ‘mengamuk’. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Kerenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur empat tahun. MENGAPA? ======= Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripad

Resepi : ikan/ayam percik suka-suka hati

Assalamualaikum uols Hari ni mama nak kongsikan resepi yang mama cuba semalam. Ikan dan ayam percik simple lagi marvelous. almaklumla da ada pemanggang ajaib ni, hari-hari cari idea nak masak pakai benda alah tu..  See, bakar ikan xde melekat2 pun kan ? Bahan-bahan dia simple jer : Ikan kembung atau ayam (buat dua-dua sekaligus pun xpe sbb pkai kuah percik yg sama) santan pekat (suka-suka hati nak byk mana pun) serai 2 btg (suka2 hati jgk) halia lengkuas belacan sikit  bawang merah + bwg putih gula sikit garam suka2 hati nak masin/manis Cara-caranya untuk buat kuah percik ialah: tumbuk / mesin semua bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas dan belacan. masukkan semua bahan tersebut kedalam periuk yang berisi santan dan masak di atas api perlahan dan kacau. Titik, serai dan masukkan dalam periuk tersebut. Tambah gula dan garam ikut selera masing-masing. Kacau kuah smpi pekat dan likat. Seterusnya boleh la bakar ayam atau ikan (yang telah digaul dengan garam s

Menu Ramadhan #1

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni da 10 hari kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Sepanjang tempoh ni, cuma sehari je kami sekeluarga berbuka kat luar, sebab lauk2 basah dan sayur semua dah licin, terpaksa keluar untuk beli brg dapur dan keperluan anak2.. 1st time makan kat luar (Pak Li Kopitiam), mama ngan abah order nasi ayam lemon. Tengah-tengah makan tu tiba-tiba je mama sakit perut, terus xde selera nak habiskan dan mama bagi nasi lebih tu kat abah n aina. Makan berbuka kat rumah xpernah plak sakit perut macam tu.. nampak gaya memang wajib la mama masak hari-hari utk berbuka.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab puasa kali ni mama diberikan kekuatan dan kerajinan untuk memasak lauk-pauk untuk berbuka sekali dengan kueh-mueh yang enak-enak belaka.. 4 hari berturut-turut puasa mama buat onde-onde dan butir nangka as dessert. Then next day plak mama buat puding karemal (puding gula hangus) dan sagu gula melaka .. First time buat sagu terus menjadi, sedap n lazat.