Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update rumah

Alkisahnya..setelah sekian lama cerita tentang rumah kami diamkan. Diam itu lebih baik kan dari kami bising-bising dan kutuk2 developer yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai tepati. Memang kami sedikit frust. Sebab apa yang berlaku di luar kemampuan kami. Kami rancang untuk masuk rumah baru seawal bulan lepas. Potongan pinjaman perumahan kami bermula pada gaji bulan Jun lagi. bayangkan kami terpaksa bayar 2 buah rumah tanpa sebarang 'side income'. Developer mula berjanji pada kami akan menyiapkan rumah dan menyerahkan kunci seawal bulan april lagi, kemudian bulan mei dan sekarang kami sendiri sudah jemu berharap dah serahkan semuaNya kepada Allah s.w.t. Semoga ada jalan keluar untuk masalah kewangan kami. Potongan bulan pertama, bermula bulan June, kami tiada sebarang rancangan tambahan, kami redah saje dan terpaksa menggali wang tabungan yang disimpan khas untuk persediaan masuk rumah baru. Kami keluarkan sedikit untuk meringankan beban kewangan kami. Bulan ke-dua, bula...

School trip

Playschool Khalifah cilik UL-Husna Fieldtrip to Domino'Pizza, Planetarium, Chocolate Muzium and Pusat Sains Negara 25 April 2013 Kakak yang berani dan berdikari.. Well done my dear. Seronok dia tgk alat-alat sains kat Pusat Sains Negara 4 orang kanak-kanak seusia kakak yang join trip ni, the rest semua pelajar tadika smart soleh 5-6 y.

Menu berbuka - week 2

Alhamdulillah masuk hari ke-7 dan genap sudah seminggu kita berpuasa hari ni. Menu minggu pertama yang dirancang sebelum ni berjaya dilaksana, cuma ada la bertukar-tukar hari ikut mood nak makan dan mood nak masak pada hari tersebut.. Hari ni pun dalam plan nak masak sardin tapi sebab lupa nak beli sardin, dan lidah ni macam terliur sangat nak makan singgang daging, so insyaAllah singgang daging bakal terhidang untuk menu berbuka nanti. =) Next kita teruskan rancangan untuk menu minggu ke-2 pula. Hari ke 8 - sup ayam, sayur soy pak choi goreng dan ayam goreng kunyit. Hari ke 9 - daging kicap, telur dadar dengan sayur campur. Hari ke 10 - tomyam campur, kailan goreng, ikan sardin goreng. Hari ke 11 - gulai ayam, kangkung goreng belacan, daging goreng Hari ke 12 - singgang daging, kerabu jantung pisang, ayam goreng rempah Hari ke 13 -  masak pedas ikan tongkol rebus, sayur air dan udang goreng Hari ke 14 - ayam percik, kari ketam, bayam goreng Done ! kita ten...

Menu berbuka - week 1

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah semalam berjaya puasa dan siapkan menu berbuka untuk suami dan anak-anak walaupun diserang sakit batuk selsema. Selsema kali ni agak teruk juga. hidung tersumbat dan hilang deria rasa. Masak main agak2 macam biasa dan bila dah berbuka masih xdapat rasa juga lauk tu masin/tawar.. terpaksa la tnye cik suami ok ke tidak.. tapi macam biasa la cik abang selalu ok jer manjang..hihi Cerita pasal menu, hari ni suka sangat nak kongsi menu yang sudah di rangka dalam kepala untuk juadah berbuka puasa minggu ni. Kurma wajib sentiasa ada atas meja ok. SAHUR - Sehari sebelum puasa dan sekali la juadah untuk sahur, kami sediakan sup tulang, telur dadar, ayam goreng dan ulam salad cicah budu letak tempoyak dan asam limau nipis. terangkat kami makan..hehe..minuman milo panas. Hari pertama - juadah berbuka hari pertama puasa kami masak nasi putih bersama kari ikan kembung, ayam goreng, ikan selayang bakar, sayur campur dan paling penting budu tempoyak makan ...

Tragedi sebelum Ramadan

Semalam. 9 Julai 2013. Sehari menjelang Ramadan bulan penuh kemuliaan. Dalam tempoh sejam lebih, rumah kami dipecah pencuri. TV LCD 42" kami selamat di bawa pergi. Syukur tiada barang lain lagi yang di ambil. syukur juga pencuri tu masuk time kami anak beranak tiada di rumah. Syukur juga macmini kepunyaan suami tidak ternampak oleh pandangan mereka. Syukur juga laptop dan ipad beberapa hari ni tergerak hati untk letak di pejabat. Syukur ya Allah, walaupun kami kehilangan TV penghibur kami sekeluarga, banyak lagi nikmat lain yang Kau beri. Yakini ada hikmah disebaliknya. Walaupun pintu rumah, pagar dan grill semua berkunci.. Mereka sangat bijak membukanya. Kami juga sangat yakin sebelum kejadian kami sudah nampak suspek tersebut di depan rumah jiran sebelah umah kami. 2 orang lelaki menaiki kereta Proton BLM sedang meninjau-ninjau rumah sebelah. Dek kerana bersangka baik, kami fikir mereka sedang mencari rumah sewa atau mencari rumah saudara mara. dengan penampilan yang langsun...

Ahlan Wasahla ya Ramadhan

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Pejam celik tinggal lagi sehari sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan penuh berkat ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, moga-moga umur yang kita lalui sentiasa diberkati Maha Pencipta. Dikesempatan ini, kami sekeluarga mohon seribu kemaafan kiranya ada salah dan silap terkasar bahasa, terguris bicara. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari kelemahan kami sendiri. Cerita tentang anak-anak pula. Dua-tiga hari ni perut adik meragam, muntah-muntah dan cirit birit. Semoga adik cepat sembuh dan kembali sihat mcm selalu. Sebelum sakit, adik bukan main lagi berselera makan nasi yang mama masak hari jumaat lepas. Nasi putih dengan sayur lemak bayam jer. Tapi dinihari tu dalam pukul 4-5 pagi adik muntah2 dan habis keluar nasi dan sayur yg dia makan. Sabtu dan ahad adik langsung refuse makan nasi dan makanan lain. Susu pun sikit je adik minum selain air kosong. Walaupun badan kurang sihat, namun adik kekal akt...

Madu Minda Cergas

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni tuan tanah nak share dan promote skit pasal Madu Minda Cergas ni. Alhamdulillah setelah mengamalkannya walaupun baru sebotol, memang terbukti kebaikannya dengan izin Allah s.w.t.. Sememangnya madu adalah amalan sunnah Rasulullah s.a.w.  Dengan botol yang sangat menarik, senang dibawa boleh diletak dalam handbag, mudah diguna cuma picit sahaja terus kedalam mulut. amalkan 2 kali sehari, pagi setelah bangun tidur dan malam sebelum tidur, InsyaAllah kita akan mendapat kesihatan yang optimum. Dengan botol yang kecil comel ni jika digunakan secara teratur, boleh bertahan sehingga 2-3 bulan. Sangat jimat kan?  cubalah, rasa sekali pasti nak berkali-kali.. Bagi yang ada anak kecil dalam lingkungan setahun keatas yang sering mengalami batuk berkahak juga amat sesuai. Alhamdulillah, adik aimi yang kerap juga batuk berkahak sebelum ni, selepas diberi madu minda ni, selang beberapa minit, dia akan muntah dan segala kahak-kahak akan kelu...