Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resepi : ikan/ayam percik suka-suka hati

Assalamualaikum uols Hari ni mama nak kongsikan resepi yang mama cuba semalam. Ikan dan ayam percik simple lagi marvelous. almaklumla da ada pemanggang ajaib ni, hari-hari cari idea nak masak pakai benda alah tu..  See, bakar ikan xde melekat2 pun kan ? Bahan-bahan dia simple jer : Ikan kembung atau ayam (buat dua-dua sekaligus pun xpe sbb pkai kuah percik yg sama) santan pekat (suka-suka hati nak byk mana pun) serai 2 btg (suka2 hati jgk) halia lengkuas belacan sikit  bawang merah + bwg putih gula sikit garam suka2 hati nak masin/manis Cara-caranya untuk buat kuah percik ialah: tumbuk / mesin semua bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas dan belacan. masukkan semua bahan tersebut kedalam periuk yang berisi santan dan masak di atas api perlahan dan kacau. Titik, serai dan masukkan dalam periuk tersebut. Tambah gula dan garam ikut selera masing-masing. Kacau kuah smpi pekat dan likat. Seterusnya boleh la bakar ayam atau ikan (yang telah digaul denga...

Menu Ramadhan #1

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni da 10 hari kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Sepanjang tempoh ni, cuma sehari je kami sekeluarga berbuka kat luar, sebab lauk2 basah dan sayur semua dah licin, terpaksa keluar untuk beli brg dapur dan keperluan anak2.. 1st time makan kat luar (Pak Li Kopitiam), mama ngan abah order nasi ayam lemon. Tengah-tengah makan tu tiba-tiba je mama sakit perut, terus xde selera nak habiskan dan mama bagi nasi lebih tu kat abah n aina. Makan berbuka kat rumah xpernah plak sakit perut macam tu.. nampak gaya memang wajib la mama masak hari-hari utk berbuka.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab puasa kali ni mama diberikan kekuatan dan kerajinan untuk memasak lauk-pauk untuk berbuka sekali dengan kueh-mueh yang enak-enak belaka.. 4 hari berturut-turut puasa mama buat onde-onde dan butir nangka as dessert. Then next day plak mama buat puding karemal (puding gula hangus) dan sagu gula melaka .. First time buat sagu terus menjadi, sedap n lazat....

:: Good Health Status :;

Alhamdulillahh... Keputusan ujian kesihatan mama memberangsangkan.. syukur alhamdulillah.. Mama ringkaskan hasil bacaan result tersebut yer : Secara puratanya paras kolestrol keseluruhan mama 4.4 milimol/liter adalah di tahap normal iaitu kurang daripada 5.2 milimol/liter. Paras HDL iaitu kolestrol baik 1.44 mimimol/liter , lebih dari 1 milimol/liter .. doktor bagitau bagus sebab kolestrol baik banyak... =) Paras LDL (kolestrol jahat) pula 2.50 milimol/liter , sangat baik kerana kurang dari 3.4 milimol/liter Paras TRG (kolestrol jenis minyak) 0.99 milimol /liter , juga bagus kerana kurang dari 1.7 milimol/liter. Nak tahu lebih lanjut mengenai kolestrol, boleh rujuk artikal ini ---> Panduan menurunkan paras kolestrol Antara tip untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat: Buangkan semua lemak dan kulit daripada daging, ayam dan itik sebelum makan. Tukar cara masakan dari menggoreng kepada membakar atau memanggang. Elakkan kuah dan sos yang berlemak. G...

Riadah di PPAS

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulilah beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Di kesempatan entry ni, mama ingin memohon maaf atas segala salah silap jika ada terlanjur kata dan termakan minum, apa yang lebih dari Allah dan terkurang dari kekurangan mama sendiri. Ok la sambung balik tajuk entry kat atas tu.. hihi..  Weekend lepas (ahad, 14 Julai), kami sekeluarga (abah, mama, kakak aina dan adik aimi) telah berjaya menghadirkan diri ke Perpustakaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang baru terletak di Padang Golf Sek 13 Shah Alam. Maklumat lanjut boleh buka laman rasmi mereka di http://www.ppas.gov.my/. Kakak aina paling seronok bila masuk ke Zon Kreatif. Cantik, menarik tertarik... Sangat kagum dengan hiasan dalam, susun atur buku dan reka bentuk yang digunakan.. Sangat selesa dengan ruang yang luas, replica pokok besar yang menarik, karpet yang tebal, kerusi yang banyak dan pelbagai, empuk lagi.. Sesuai dengan trademarknye PPAS...

Inspiration WORDS from Prof. Dr. Muhaya

Celik Mata, Reset Minda Bahagia dan membahagiakan  All collection of words came from my idol, Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad.. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman . Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang. Senyum adalah ubat yang paling mustajab. Jangan kedekut memberi senyuman terutama kepada anak,suami,isteri. Ucapkan terima kasih serta pujian kepada anak apabila mereka melakukan kebaikan agar ia lebih meransang anak memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan. Apabila kita memperlihatkan muka yang masam kepada semua terutama anak-anak,isteri,suami serta keluarga, ia akan mengundang kepada perkara yang negative. Maka berubahlah untuk mencapai kebahagiaan. Bersederhana dalam melakukan ketaatan- Belajar mengenal diri / kemampuan diri.Jangan paksa diri untuk melakukan perkara diluar kemampuan diri .Jangan bekerja melebihi 12jam akan jadi tiada kualiti.memperbanyakkan kuantiti akan melemahkan kualiti. O...

Wordless Wednesday

Neuro Linguistik Programming

Kesimpulan dari bengkel 2 hari yg dihadiri di Puncak Alam: 1. Pentingnya menngunakan bahasa minda dlm berkomunikasi 2. Lebih mengenali diri sendiri menggunakan kaedah VAK. 3. SENYUM boleh menarik rezeki 4. Elakkan menggunakan bahasa "jangan, tidak, bukan, tetapi" 5. Sentiasa Positif 6. Apa yg kita lihat, dengar, rasa dan cakap adalah doa. 7. Tindakan kita adalah hasil dari apa yg kita dgr, lihat dan rasa. 8. Tips berdepan dgn org marah, tanyr mereka apa yg mereka nak sebenarnya. 9. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta. Impian yg ingin dicapai :: 1. Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada tahun 2017 bersama suami dan anak-anak. 2. Menjalani pembedahan lasik untuk kedua2 belah mata pada tahun 2015 ( kos semasa RM 6990.00 )