Langkau ke kandungan utama

Update adik baby, kak ngah dan kakak

Huh panjangnye tittle..

Bergelar ibu muda mengandung anak ke-3 dan menjaga 2 orang anak perempuan cukup mencabar namun sangat membahagiakan. Alhamdulillah walaupun sibuk melayan kerenah kakak dan kak ngah (skang still panggil adik lagi, next nak kena praktis panggil kak ngah dah pulak.. ), adik baby membesar dengan sihat dan normal dalam perut mama ni. Setiap hari perut mama jadi bahan experiment kakak berdua tu, konon xsabar nak tgk adik baby, di sayang di peluk dicium. Alhamdulillah nikmatnye terasa mendapat kasih syg dari anak-anak kecil ni. Masih kecil tapi kadang-kadang berlagak dan gaya macam orang dewasa. cepat sangat mereka belajar dan tiru gaya kita..

Sekarang dah hampir 7 bulan. Last week mama g check-up untuk 6 months macam biasa. Berat baby pun boleh tahan, cemerlang mcm kakak2nya jgk. hampir cecah 900g.. Another 3 months tak mustahil berat baby 3.0 kg ++ nanti time deliver.. Mudah-mudahan selamat semuanya hingga hari bersalin nanti.

25 weeks- tisu-tisu muka dah jelas nampak scan 2D pun, Doktor kata mancung hidungnya...hehe
Minggu lepas 12/12/2013, kakak seronok sangat sebab dapat basikal yang diidam-idamkan. Kesian lama anak dara ni tunggu baru dapat. Kalau tak hari-hari duk tanye, bagitau mama abah suruh beli basikal pink kat dia. Alhamdulillah Allah berikan rezeki dan temukan kami dengan basikal pink idaman kakak ni. susah jugak rupanyan nak cari basikal budak2 ni kan. Banyak je kak giant tapi xde yang berkenan pulak. Last-last jumpa kat mudah.my, terus call COD dekat ngan uptown shah alam malam tu.

Alhamdulillah, kakak happy, adik pun tumpang happy, mama abah pun bertambah-tambah senang hati tgk dua beradik ni happy main sama-sama..

Nampak basikal ni mcm kecik je dengan kakak, cari yg size 14, xde yang berkenan dan tak banyak pilihan, yang color pink macam ni ada size 12 ni je.. Ape la kakak pkai dlu nanti bila kaki adik dah sampai nak kayuh, kita cari basikal baru kat kakak ya.

Sehari sebelum tu, 11/12/2013, cuti umum Keputeraan Sultan Selangor, kami satu family first time jalan-jalan tengok ikan ke Aquaria KLCC. Dah lama tak keluar bawa anak2 g jalan-jalan kan..kesian budak berdua tu. Asyik g shopping complex jer.. tiket dia boleh tahan mahal, tapi kami beli kat Groupon, dapat la murah skit compare harga kat sana. Yang penting Jimat dan dapat gembirakan anak-anak. Tapi tah tahan nye dua beradik tu takut pulak tengok ikan besau-besau..huhuhu


Alkisah aimi pula, sejak dua menjak nak dapat adik baru ni, kelakar dia makin menjadi-jadi...tiap-tiap hari tergelak-gelak kami layan keletah dia. tak sabar nak jadi kakak nak ngasuh adik sendiri..sampai je umah balik dari school terus cari patung baby dia, main baby-baby, tidurkan baby, bagi susu, siap dodoikan, selimut.. comel sungguh.. Mulut pulak betah, nak itu, nak ini, tak nak tu, tak nak ni.. dah pandai mengadu bila kakak rebut barang dari dia, gaduh-gaduh, pastu bila kakak xde depan mata, sibuk duk tnye mana kakak, mana kakak, mencari, xde kawan. tapi bila dia geng dua org tu, main xhingat dunia, gelak smpi pecah perut. Alhamdulillah, nikmat yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, melihat anak-anak bergelak-ketawa, gurau-senda depan mata. Allahuakbar, terlalu banyak nikmat yang kau beri ya Allah. Semoga terpelihara kami di dunia dan akhirat.. Bukan harta, wang ringgit yang kami kejar, anak-anak yang soleh solehah penyejuk hati yang kami idamkan.
Tenang hati, hilang penat letih segala bagai tengook wajah ahli syurga ni.. Terima kasih ya Allah.

Moga dipermudah semuanya...amin... =)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...