??????
Xde dalam gambar, yuran taska pun naik tau. Awal-awal hantar aina dlu RM250 jer skang naik RM350 seorang anak ya ibu-ibu. Bayangkan kalau ada 4 orang anak. Maunya kos pengasuh sahaja cecah RM1400 sebulan.. Belum masuk kos lain lagi ya, pampers, susu, kain baju..hehe..lumrah la kan. Tapi kena yakin anak-anak tu rezeki ok, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. =)
Cerita bab pengasuh, kalau la hutang PTPTN da settle,hutang rumah, hutang kereta, xde hutang lain, gaji licin jer... Nak sangat duduk rumah jaga anak-anak, masak hari-hari, kemas rumah, jadi fulltime housewife.. tapi apakan daya.. Angan-angan tu ada InsyaAllah dengan Izin-Nya semoga jadi kenyataan satu hari nanti. Hidup penuh pengorbanan dan perjuangan.
Sekarang nak daftar anak Tadika 4 tahun pun cecah riban-riban. Tahun depan kakak dah 4 tahun, dah daftar Tadika Islam dekat dengan rumah. Yuran pendaftarannya termasuk baju sekolah etc hampir RM1k juga tapi Alhamdulillah yuran bulanannya RM180 sebulan, hampir separuh lebih murah dari yuran Playschool sebelum ni.
Kakak juga dah lama free pampers dan free susu jugak. Stok susu yang beli time raya puasa pun xbergerak2.. Kat rumah asyik mintak nak milo dengan air teh'o' jer.. So spend untuk susu dan pampers untuk adik saje dan tak lama lagi bertambah lagi utuk adik baby. Semoga dipermudah hendaknya. Kakak aimi dah kena praktis free pampers pula.. =)
Ulasan