Bismillah..
Alhamdulillah, syukur,. Kehadiran syawal kami sambut dengan berita gembira. Keluarga kami bakal bertambah lagi tahun depan. Sekali lagi dapat puasa penuh. Mengandung, menyusu tanpa henti sejak bergelar isteri. Hampir 5 tahun. Produktif sungguh mama ni kan =)..tak penat ke? Pengalaman bersalin pun bukannye mudah. Namun alhamdulillah, semangat dan keyakinan terhadap Allah s.w.t. mengatasi segalanya.
Kelahiran pertama secara emergency ceaser, sakit di induce lebih 5 jam namun last2 di tolak ke bilik OT untuk dibedah.. Ujian hebat buat kami. Namun Alhamdulillah, sakit bersalin dan luka jahitan cepat hilang. Tempoh sakit dan luka jahitan kering seingat mama 2 minggu sahaja semasa dalam pantang.
Kelahiran kedua pula, mama sentiasa berdoa dan yakin dapat bersalin normal dan dipermudah proses kelahirannya. Alhamdulillah doa mama dimakbulkan. Kakak aimi selamat dilahirkan secara normal dan sakit contraction pun tidaklah terlalu lama. Namun mama diuji sekali lagi, sakit selepas bersalin. tak sampai 5 minit selepas nurse menjahit luka, mama diserang sakit seperti hendak beranak lagi, tapi kali ni sakitnye lebih kuat. Orang kampung biasanya menggelarkan sakit rengat, sakit lepas bersalin seperti rasa nak bersalin lagi, contraction menyerang lagi. Tambah parah lagi, bila doktor datang check dan mendapati terdapat darah beku dalam rahim mama dan rarah juga tidak putus-putus mengalir. Sepertinya urat mama terputus dan menyebabkan darah beku di dalam rahim. Sakitnya saat itu rasa seperti hampir dengan maut. Mama tak henti mengucap dan mintak ampun dengan abah kiranya umur mama tak panjang dan Allah jemput mama pulang saat itu. Sekali lagi mama di tolak ke bilik OT (Operation), separuh badan dibius, jahitan di buka semula dan dikeluarkan darah beku dan dijahit luka dalam rahim. Mama berserah dan tawakal pada Allah menahan sakit yang seperti nyawa di hujung tanduk. Allah maha Besar.
Syukur umur masih panjang, dan sekarang mengandung lagi untuk ketiga kalinya. Nikmat sakit untuk kami lebih syukuri nikmat waktu sihat.
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR !!!

Adik baby dah hampir 3 bulan membesar dalam tummy mama..alhamdulillah nampak aktif dan sihat. Semoga Allah lindungi anak kami sehingga selamat waktu bersalin nanti. |
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR !!!
Ulasan
moga rezeki saya akan tiba tak lama lagi...aminn!!
Insya Allah..next turn Iman pulak.. =)