21 Sept lepas, hari sabtu, sekolah kakak dan tadika smart soleh Ibu Yati adakan Hari Sukan Tahunan. Mama memang excited sangat tak sabar nak tengok kakak beraksi dengan kawan-kawan. Paling tak sabar tengok kakak buat aerobik dance yang lagu tema hindustan tu " Oh My Darling I LOVE U" tuu... Gempak betol, siap gelek2 xtahan tu..pandai betul kakak menari..laju je tukar step.. Dua sukan lain yang kakak join; picking ball to basket dengan gelung getah, dan perah air guna span masuk dalam botol. Alhamdulillah dah besar anak sulung mama ni, sebelum sampai kat padang tu nak turun dari kereta kakak menangis mengamuk sebab tak mau pakai baju sekolah, abah paksa jugak.. Mujurla da turun kereta tu da tgk kawan-kawan tengok teacher kakak terus cool.. Mama hantar kakak dalam group pun kakak ikut jer. ada kawan kakak sorang tu mama tengok langsung tak nak berenggang dengan mama dia.
Lepas hantar tu, mama, abah dengan adik tunggu nak tgk aksi kakak dan kawan-kawan bawah khemah. Aktiviti dimulai dengan ucapan perasmian oleh Pengetua, Ibu Yati sendiri, dan bacaan doa oleh anak-anak tahun tadika smart soleh, nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Selangor. Semua aktiviti diketuai oleh anak-anak cilik umur 5-6 tahun sendiri. Kagum betul mama dengan anak-anak tadika tu..self-esteem mereka tinggi betul. dengar suara mereka MasyaAllah, lantang dan bersemngat sungguh. Semoga kakak dan adik-adik nanti boleh berdikari dan yakin diri macam kakak dan abang2 smart soleh tu jugak nanti.. Jom la kita layan gambar pulak.. Kesian adik terliur nak join tp tak cukup umur..hehehe
|
Kakak sampai lewat, start kul 8.00 tapi kami sampi jam 8.15. abah sempat buat breakfast lagi takut lapar nanti tak cukup makanan. |
|
Kakak bersama kawan-kawan. |
|
Adik buat hal sdiri, da bosan dia pergi duduk dekat speaker, keluar lagu je pandai dia gelek2 berjoget..kelakar betol adik. ;) |
|
Game untuk mak ayah pun ada, abah join pertandingan makan buah tembikai paling laju tp xmenang, dapat saguhati ngan makan tembikai free..hahah..mama pun join game ambik kacang hijau pakai 2 batang mancis..kalah jugak..hikhik |
|
Kakak dapat gold medal..Alhamdulillah..actually semua kawan2 kakak pun dapat gold medal..suka-suka!! |
Lagi gambar kakak dengan kawan-kawan..bestfriend kakak yang mama kenal, qaisara dengan ala lupa lak nama adik comel yang peramah tu..nanti dah ingt mama tulis balik nama dia..hehe
|
Bagus kan dorang main, semangat betul..kakak time ni dia confuse sebab masa training ambik bola color hijau, masa actual game tukar bola biru pulak..pening-pening gituww..nasib baik betul..hehe |
|
Yang ni la qaisara kawan baik kakak..comel kan? =) |
|
Ha yang senyum paling manis tu kawan baik kakak jgk..time mama g ambik kakak petang2 dia la yang paling laju panggil cakap kat aina mama dia dah dtg...haa nama dia afina -alfina lebih kurang.. =) |
Ulasan