Langkau ke kandungan utama

Update adik dan kakak

Assalamualaikum w.b.t. semua..!!

Alhamdulillah masih di pinjam kan usia buat kami sekeluarga sehingga ke hari ini.. sangat-sangat bersyukur dengan segala rezeki yang telah diberikan oleh yang maha Kuasa. Kesihatan yang baik, anak-anak yang cergas dan cerdas, suami yang soleh, rumah dan kenderaan yang selesa dan bermacam-macam nikmat yang tidak terhitung oleh kita.. Syukur alhamdulillah..


Lama sudah tidak mengupdate perkembangan puteri berdua tu.. Makin hari makin asyik melayan kerenah mereka. Tiap-tiap hari ada je gelagat yang mencuit hati kami.. Sedar xsedar, adik dah melangkau 1 tahun 1 bulan.. tanpa sedar mama masih mengangap adik baby lagi..rasa mcm baru 6-7 bulan..tambah adik masih belum berani berjalan sendiri.. baru lulus 3-4 langkah dan terus menjatuhkan punggung..adik oh adik.. Selera makan pula makin bertambah-tambah..makin montel adik sekarang..kalah kakak bila bab makan.. 2-3 hari lepas tiap-tiap hari mama masak sup tulang dan bubur nasi.. sampai 3-4 mangkuk 2 beradik tu makan..siap berebut-rebut..mama suap sambil nak gelak je dengan keletah mereka berdua..adik siap marah lg bila mama suapkan kakak. Kakak pula sabar je dengan kerenah adik..
Kakak dah 2 tahun 11 bulan..lagi beberapa hari kakak akan menginjak 3 tahun.. Ya Allah.. Hampir 3 tahun, kenangan mengandung dan melahirkan kakak masih segar dalam fikiran mama.. Bila terkenang kembali pengalaman mengandung, rasa teringin sangat mengandung lagi.. Bahagianya saat mengandung hanya Allah yang tahu, setiap saat sentiasa berdua..  =)



Kakak dah makin cerdik bercakap, suka bertanya macam-macam. Makin rajin juga tolong mama di dapur. Sudah pandai mengupas kulit bawang. Rajin juga menyuap adik makan bila dia makan sendiri.. MasyaAllah manis sungguh pengalaman ini Ya ALLAH..
 
Hari-hari kakak request suruh mama buat donut.. Bila mama tak buat, dia sdiri ke dapur ambil tepung dan nak buat sdiri.. rajin sungguh kakak sulung ni... =)
 

Ulasan

rafiqah_rizal berkata…
nak ngandung etek eh mugo sedak ngandung tu gak..ahaks
mamaainamishanis berkata…
ngandung lah pah pakat2 jago..biar boleh kembar slalu...hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospital

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka