Assalamualaikum w.b.t
Ustazah bagitau, di dalam hati terkumpul 2 perkara wajib bahagia iaitu :
Akhir sekali, Ustazah menerangkan tanggungjawab dari segi praktikal seorang suami dan isteri :
Tanggungjawab suami soleh :
Alhamdulillah, pagi yang cukup tenang ni, mama terpanggil untuk share something yg sgt menarik.. InsyaAllah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua terutama kita kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Minggu lepas mama telah hadiri seminar keluarga Sakinah siri ke-2 di Puncak Alam. Antara yang paling menarik ialah ceramah dari Ustazah Norhafizah bt Musa yang bertajuk " Syurgakah Rumahtanggaku". Bukan bermaksud ceramah dari ahli panel lain tidak menarik, semuanya hebat2 belaka, namun yang paling memberi kesan mendalam pada mama ialah isi-isi dari ceramah Ustazah Nurhafizah Musa. Dengan penampilan yang sederhana, tutur kata yang lembut, air wajah yang bercahaya. Ya Allah, sungguh indah ciptaan Mu ya Allah..
Mukadimah yang sangat menarik dari beliau ialah tentang Qurratu' ayun. sebelum ini mama hanya faham maknanya sahaja namun kurang jelas dengan pengertiannya. Setelah diperjelas oleh Ustazah barulah mama mengerti maksud mendalam disebalik Qurratu'ayun ,penyejuk mata.
Ustazah bagitau, di dalam hati terkumpul 2 perkara wajib bahagia iaitu :
- sabar
- syukur
- Gred A : suami yang wawasannya akhirat
- Gred B : suami yang suka bercerita umpama penglipur lara
- Gred C : suami yang suka bercakap pasal orang/kondem orang
- Gred D : suami yang suka cakap pasal diri sendiri, super ego yg tinggi, takabbur, riak
Akhir sekali, Ustazah menerangkan tanggungjawab dari segi praktikal seorang suami dan isteri :
Tanggungjawab suami soleh :
- selektif dalam memilih (pemilih) dengan rapi.
- Memerintahkan keluarga untuk solat
- Menggauli isteri dengan menjaga batas halal dan haram
- mencari dan memberi rezeki yang halal kepada keluarga (berkat)
- Tidak meninggalkan isteri dalam tempoh yang membebankan
- menjauhi sihir/syirik/paranormal dalam keluarga
- mengikuti petunjuk Islam ketika menguruskan isteri yang nusyuz
- melayan isteri dengan baik
- menjaga perasaan dan kehormatan isteri
- tidak mengabaikan hak (mahar, nafkah)
- Taat kepada Allah
- Redha dengan jodoh yang Allah kurniakan
- Memelihara kehormatan diri
- Menghormati suami dan memuliakan
- Taat suami kecuali pada perkara yang haram dan memudaratkan
- tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami
- Mengikut petunjuk Islam dalam perbaiki suami yang nusyuz
- Tidak berhias kecuali untuk suami
- Jaga harta suami
- Mendidik & menyusui anak-anak
- Buat semua dengan penuh kasih sayang.
Ulasan